fbpx
Now Reading
2 Bintang TikTok Mesir Dihukum Penjara, Didakwa Melakukan ‘Pemerdagangan’ Manusia

2 Bintang TikTok Mesir Dihukum Penjara, Didakwa Melakukan ‘Pemerdagangan’ Manusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

2 wanita yang merupakkan bintang TikTok terkenal di Mesir dihukum penjara dan denda selepas disabitkan dengan kesalahan melakukan ‘pemerdagangan’ manusia.

Kedua-dua mereka, Mawada al-Adham,23 dengan pengikut 3 juta di TikTok dan Haneen Hossam,20 dengan pengikut seramai 900 ribu sebelum ini ditahan selepas penularan beberapa video dimana mereka secara berasingan menggalakkan wanita di Mesir untuk menggunakan aplikasi media sosial,Likee bagi menjana pendapatan.

Diatas kesalahan tersebut, Mahkamah Tinggi Kaherah pada Ahad lalu kemudiannya mengenakan denda sebanyak £9,100 (RM52,798) kepada Mawada dan Haneen.

Hukuman penjara bagi kedua mereka bagaimanapun berbeza dimana Mawada yang hadir pada prosiding berkenaan, hanya dihukum penjara enam tahun, manakala Haneen yang cuba menyembunyikan diri dihukum 10 tahun penjara.

Haneen (kiri) yang dipenjara 10 tahun dan Mawada 6 tahun masing-masing dikenakan dengan sebanyak £9,100

Namun Haneen akhirnya berjaya ditemui dua hari lalu dan kini ditahan pihak berkuasa. Dia sebelum itu ada memuat naik satu video di media sosial menafikan yang dia terlibat dalam sebarang aktiviti pemerdagangan manusia.

Dia dalam masa sama turut merayu kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi, untuk mempertimbangkan hukuman yang dikenakan terhadapapnya oleh makhamah di sana.

“Saya hanya melakukan promosi untuk aplikasi Likee dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Anda semua memiliki aplikasi tersebut malah ramai selebriti Youtube menggunakan aplikasi sama.

“Jika aplikasi tersebut di larang, kenapa ramai masih memilikinya di luar sana. Adakah kalian rasa budak berusia 19 tahun (seperti saya) melakukan pemerdaganan manusia”

Bukan kesalahan pertama

Hukuman ini bagaimanapun bukanlah hukuman pertama mereka, kedua bintang TikTok ini  telah dijatuhkan hukuman penjara pada bulan Julai tahun oleh mahkamah di atas kesalahan ‘melanggar nilai kekeluargaan’ dengan video yang mereka muat naik di TikTok.

Namun pada Januari 2021 Haneen telah dibebaskan oleh makhamah di atas beberapa sebab.

Menurut Peguam Mowada, Saber Sokkar, kedua-dua influncer itu didakwa telah merosakkan nilai kekeluargaan, menghasut dan mendorong wanita muda untuk melakukan hubungan seksual.

Hukuman penjara merupakan sebahagian daripada kaedah kerajaan Mesir menghalang kandungan media sosial daripada meruntuhkan moral golongan Muslim di negara itu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.