fbpx
Now Reading
Anak Anjing Jadi ‘Hero’, Selamatkan Seluruh Ahli Keluarga Daripada Maut Dalam Kebakaran

Anak Anjing Jadi ‘Hero’, Selamatkan Seluruh Ahli Keluarga Daripada Maut Dalam Kebakaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, kepantasan seekor anak anjing peliharaan dalam mengejutkan tuannya semasa tidur telah menyelamatkan seluruh keluarga tersebut daripada maut kebakaran.

Anjing kejut tuannya

Seekor anak anjing berusia lapan bulan yang diberi nama ‘Anandaveli’ dipercayai telah menggigit pipi, telinga serta menarik rambut dan baju tuannya yang sedang tidur pada pukul kira-kira 5 pagi di  kediaman yang terletak di Eastern Garden, Teluk Intan.

Menurut salah seorang mangsa kebakaran, A.Vimala menceritakan beliau tersedar apabila anjing betina peliharaannya itu mengejutkannya daripada tidur dan mendapati api sedang marak di bahagian tengah rumah yang juga merupakan tempat sembahyang mereka sekeluarga.

Gambar sekadar hiasan

Segera panggil ahli keluarga

Dia menjelaskan pada mulanya hanya menyangka anjing tersebut berkelakuan sedemikian kerana dia haus. Akan tetapi, anjing itu terus menarik kakinya dengan kuat sehingga dia terbangun dan mula sedar kebakaran sedang berlaku di dalam rumah.

Foto: Bernama

Wanita itu terus menjerit dan memanggil ahli keluarganya yang lain untuk keluar daripada rumah sepantas yang boleh.

Lebih mencemaskan adalah apabila dia berada di luar rumah, Vimala mendapati suaminya, N. Marimuthu Naidu yang menghidap penyakit separa lumpuh masih berada di bilik belakang rumah tersebut ketika api sedang marak.

Foto: Bernama

Anak bongsu selamatkan suami

Vimala menyuruh anak bongsunya bernama Vimalan untuk menyelamatkan suaminya. Mujur, anaknya sanggup memberanikan diri dan bergadai nyawa meredah api kebakaran demi menyelamatkan bapanya daripada kebakaran tersebut.

Difahamkan mereka sekeluarga selamat dan kini menumpang berteduh di rumah ibu di Jalan Laksamana.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Terence Naidu berkata kebakaran itu berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 pagi dan jumlah kerugian kebakaran dianggarkan bernilai RM50,000.

Pihaknya juga akan memberi bantuan kepada Vimala sekeluarga dalam bentuk wang kecemasan, makanan dan mendapatkan wang bantuan daripada dana bencana dari pejabat daerah. Mereka juga akan membantu dapatkan tempat tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat secepat yang boleh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.