fbpx
Now Reading
Ramai Tak Tahu Guna, Staf 7-Eleven Ajar Netizen Cara Betul Isi Air Slurpee

Ramai Tak Tahu Guna, Staf 7-Eleven Ajar Netizen Cara Betul Isi Air Slurpee

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak tahu kewujudan air slurpee yang dijual di 7-Eleven kan? Air ini pernah menjadi viral satu ketika dulu semasa baru diperkenalkan.

Mana tidaknya, ia mempunyai pelbagai perisa bergas yang sedap serta rasa sejuk yang menyegarkan.

Ajar cara guna mesin Slurpee

Baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan seorang gadis mengajar cara-cara menggunakan mesin Slurpee dengan betul.

Foto: TikTok

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun bernama @waddupdude_ di TikTok, gadis itu menunjukkan cara-cara untuk mengambil air slurpee dengan betul sehingga mendapat pelbagai reaksi balas dari netizen.

Dalam video tersebut, dia mengajar orang ramai cara yang tepat kerana menurutnya masih ramai orang yang tidak tahu menggunakannya dengan betul sehingga ada yang tumpah dan mengotorkan lantai.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Menurut gadis yang merupakan staf 7-Eleven itu juga, dia menasihati orang ramai untuk menggunakan penutup air dengan cara yang betul kerana ramai pembeli air slurpee itu mengadu kepadanya ia tidak sama sedangkan sebenarnya semua saiz penutup adalah sama.

Raih lebih 1 juta tontonan

Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga meraih 1.3M views, 131.3K  likes dan 2.6K comments.

@waddupdude_

##stitch with @hil.mi_ kalau degil jugak tktahu nak cakap apa ##foryoupage ##esekeli ##colourselecto##7eleven ##PepsiMYxBLACKPINK

♬ original sound – miaumiau

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut.

Bahkan, ramai juga yang mengadu mesin air Slurpee di kedai 7-eleven rumah mereka selalu tidak berfungsi dan rosak.

“Tapi selalu saya pergi takde lah, rosak lah”

“Bagus educate macam ni”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.