fbpx
Now Reading
“Ayah Jatuh Sakit Bila Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya” – Noratirah, Kembar Tertukar 20 Tahun Lalu

“Ayah Jatuh Sakit Bila Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya” – Noratirah, Kembar Tertukar 20 Tahun Lalu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kisah pasangan kembar yang tertukar 20 tahun lalu.

Tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, namun ramai percaya ianya disebabkan kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan yang menguruskan kelahiran ketiga-tiga bayi tersebut pada waktu itu.

Kejadian yang tidak terduga ini pastinya memberikan kesan pada kesemua individu yang terlibat khususnya kepada 3 gadis berusia 20 tahun ini sebaik mengetahui kenyataan sebenarnya,

Buat Noratirah Husin, keputusan DNA yang membuktikan bahawa dia sebenarnya tertukar ibu bapa telah meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu.

Menerusi laporan Bernama, Noratirah berkata keputusan yang keluar itu menyebabkan ‘ayahnya’ mengalami serangan jantung sehingga kondisi kesihatannya mulai merosot dan akhirnya meninggal dunia.

Perkara tersebut membimbangkannya memandangkan dia khuatir untuk melepaskan anak bongsu daripada 12 beradik itu kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga.

“Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering termenung.”

“Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklumkan hal keputusan ini (DNA), jadi saya buka pembesar suara supaya adik-beradik dan arwah bapa (Husin) pun dapat mendengar apa yang mama ingin sampaikan,” katanya.

Jelas Athira sebaik mengetahui keputusan berkenaan, ‘bapanya’ itu terus menangis sebelum memaklumkan yang dia mengalami sakit dada.

Jelas ujian yang terpaksa ditanggung oleh ‘ayahnya’ itu amat berat dan kesedihan yang dialami bertimpa-timpa kerana ia terjadi tidak sampai dua tahun selepas pemergian ‘ibunya’ Rahmah Isa, yang meninggal dunia pada 2018 akibat kencing manis serta dua lagi saudaranya dalam tempoh itu.

Malah arwah ‘ayahnya’ itu pernah menzahirkan rasa terkilan kerana tidak berpeluang bertemu dengan bapa kandungnya Ibeni Yanin Mohd Salleh yang sudahpun meninggal dunia pada 2009.

Ibu Adryani tidak tenteram sebaik tahu keputusan DNA

Menurut Adryani Iwani pula,perasaan ibunya mejadi tidak tenteram sebaik menerima keputusan DNA berkenaan pada September lalu. Dia begitu bimbang keputusan berkenan akan menganggu perasaan ‘anak kembarnya’, Adryana Iwani.

“Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Ana (panggilan untuk Adryana Iwani) tahu. Mama bagi tau, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Beliau enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.

“Ketika itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati,” katanya.

Adryana Iwani yang tidak dapat melihat ibu kandungnya, Rahmah Isa yang sudah meninggal pada 2018 bagaimanapun sempat mengenali ayah kandungnya (Husin) kira-kira dua bulan sebelum beliau meninggal dunia.

“Kali pertama berjumpa, perasaan saya bercampur baur, seronok pun ada  dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tak dpat terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah anak kesayangannya.” 

“Namun saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik beradik seniri dan keluarga pun semakin bertambah,” jelas Adryana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.