fbpx
Now Reading
Hanya RM150 Untuk Tiga Biji, Lelaki Terkejut Harga Durian ‘Black Thorn’ Murah Di Singapura

Hanya RM150 Untuk Tiga Biji, Lelaki Terkejut Harga Durian ‘Black Thorn’ Murah Di Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti kebiasaan pada setiap tahun, musim durian memang amat di nanti-nantikan oleh ‘hantu durian’. Waktu inilah durian yang sedap mudah untuk didapati di serata tempat.

Tak dinafikan harganya memang agak mahal dan boleh menjangkau ratusan ringgit. Namun ia tidak menjadi masalah sama sekali buat para penggemarnya yang sentiasa menunggu ketibaan musim durian.

Durian black thorn murah di Singapura

Baru-baru ini, seorang pengguna telah memuat naik posting di Facebook mengenai harga durian black thorn yang cukup murah di Singapura.

Menerusi perkongsian lelaki yang lebih dikenali sebagai Abdul Ifwad ini, harga sebiji durian black thorn boleh dibeli dengan hanya RM61 manakala tiga biji pula berharga RM150.

Lantaran dengan perkara ini, dia tertanya-tanya mengenai harga durian black thorn yang terlalu tinggi di Malaysia sehingga ada yang dijual lebih RM300 hanya untuk sebiji sahaja.

Foto: FB Abdul Ifwad

“Kadang kala cuma pelik. Kenapa durian dekat Malaysia mahal sangat. Dekat sini black thorn cuma 50SGD kalau convert cuma RM150 untuk tiga biji.

“Ada kawan kongsi video sebiji durian black thorn sampai RM300+. Kenapa? Semua durian ini dari Malaysia kot..”

Ikut permintaan ramai

Namun begitu, netizen telah tampil memberi penerangan mengenai identiti dan gred durian tersebut. Malah ada juga yang berpendapat harga durian ditetapkan mengikut permintaan orang ramai.

Tak kisah bahagian luar durian, yang penting isi dalam sedap

“Selagi ada permintaan, selagi tu ada penyediaan” – Netizen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.