fbpx
Now Reading
Kawasan Pedalaman Tiada Coverage, Cikgu Sekolah Gigih Naik Perahu Hantar Homework

Kawasan Pedalaman Tiada Coverage, Cikgu Sekolah Gigih Naik Perahu Hantar Homework

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Guru ialah insan mulia yang mengajar danmendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar.

Begitulah yang ditunjukkan oleh seorang guru ini apabila sanggup menaiki perahu demi mencurahkan ilmu kepada pelajarnya.

Menerusi laporan bernama, seorang guru yang dikenali sebagai Nasir Mohamed Jamal dari Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai telah menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada pelajarnya.

Menurutnya, beliau bersama rakan sekerja yang lain mengambil inisiatif untuk menghantar sendiri bahan PdPR sebanyak sekali atau dua kali seminggu kepada pelajar dengan menaiki perahu.

Tiada line internet

Foto: Free Malaysia Today

Hal ini disebabkan oleh PdPR yang sepatutnya dilaksanakan terbatal kerana mereka tiada perkhidmatan internet yang baik di kawasan tersebut.

Nasir yang merupakan seorang guru subjek Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan akan menggunakan perahu kayu beratap yang dikemudikan sendiri olehnya di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya. Beliau turut membawa sebuah beg mengandungi modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta meja lipat.

Tiada tempat turun atau jeti

Tambahnya, dia sentiasa berjaga-jaga ketika keluar dari perahunya di kawasan cetek tepi sungai untuk menjemput muridnya di rumah berhampiran kerana tiada jeti atau tempat turun dari perahu yang sesuai.

Foto: Free Malaysia Today

Malah, guru berusia 39 tahun itu mengakui sepanjang berkhidmat selama 10 tahun, keadaan di situ membuatkan dia dan lima guru yang lain terdetik hati untuk lebih bertanggungjawab dalam memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya.

Kami akan menerangkan kepentingan untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka semua boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.