fbpx
Now Reading
Moratorium 6 Bulan & i-Citra, Ini Antara Inisiatif Lain PEMULIH Yang Diumumkan Perdana Menteri

Moratorium 6 Bulan & i-Citra, Ini Antara Inisiatif Lain PEMULIH Yang Diumumkan Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi satu Perutusan Khas telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan.

Berlandaskan 3 matlamat utama iaitu ‘Teruskan Agenda Prihatin Rakyat, Sokong Perniagaan dan Tingkatkan Vaksinasi’ di bawah kami kongsikan beberapa inisiatif Pemulih yang seusai untuk orang awam seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri :

BPR Tambahan Pemerkasa+ akan diagihkan bermula esok

BPR Tambahan PEMERKASA+ yang diumumkan kerajaan untuk Bulan Julai akan mula dibayar bermula esok, 29 Jun 2021.

BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit yang diumumkan sebelum ini juga akan dibayar pada bulan September nanti.

Ia termasuk bayaran ke atas kes- kes lulus rayuan BPR.

Moratorium 6 bulan

Menurut Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Bagi permohonan ini, anda hanya perlu memohon dengan bank anda mulai 7 Julai 2021 dan kelulusan akan diberikan secara automatik. dimana tiada semakan tentang pemotongan gaji, kehilangan pekerjaan, dan tiada dokumentasi yang perlu dikemukakan.

“Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Turut ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, tertakluk pada kelulusan bank

“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan” – PM

Kemudahan Pengeluaran KWSP i-Citra

Kerajaan turut memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang diberi nama i-Citra.

Bagi kemudahan ini, 12.6 juta ahli KWSP dijangka dapat membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya lagi.

Bantuan Khas Covid-19 

Bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC),  kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung yang akan diagihkan secara berperingkat dan mengikut kumpulan mulai Ogos yang dijangkan dinikmati seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang.

Bantuan RM500 Untuk mereka hilang pekerjaan

Kerajaan akan menyalurkan sebanyak 500 ringgit pada bulan Oktober nanti khas untuk pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM 500 Juta ringgit.

Elaun My Future Jobs untuk Pencari kerja

Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO khususnya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya 300 ringgit.

Program Janapreneur di bawah HRD Corp

Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.

Menurut Perdana Menteri lagi, MDEC pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig.

Program Bakul Makanan RM10 Juta untuk orang asli

Selain dari program Bantuan Bakul Makanan berjumlah RM300,000 yang akan dikelolakan semua ahli parlimen, kerajaan turut memperuntukkan 10 juta ringgit bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Bantuan Khas OKU yang hilang/tiada pekerjaan

Diskaun Bil Elektrik untuk pengguna Domestik

Kerajaan juga akan memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Secara keseluruhan, pengguna domestik akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

Peluasan Khidmat Sokongan Psikososial

Rujuk jadual dibawah untuk memudahkan anda menyemak bantuan yang menyasarkan individu :

Syarikat/Perniagaan/ Perusahaan

Rebat 10% Bil Elektrik untuk sektor ekonomi terjejas

Kerajaan juga akan melanjutkan pemberikan diskaun elektrik 10% selama 3 bulan lagi hingga Disember 2021 kepada pengguna bukan domestik bagi sektor ekonomi yang terjejas seperti pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

Bantuan Khas Pengusaha TASKA

Bantuan Khas Pengusaha KANTIN

Bantuan untuk Agensi Pelancongan MOTAC

Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan

Baca artikel berkaitan ‘Apa itu B40, M40 dan T20’ menerusi pautan di bawah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.