fbpx
Now Reading
Selalu Titip Pesanan Agar Buat Kebaikan, Isteri Reda Suami ‘Pergi’ Selepas Bantu Remaja Lemas

Selalu Titip Pesanan Agar Buat Kebaikan, Isteri Reda Suami ‘Pergi’ Selepas Bantu Remaja Lemas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang penghantar barang dilaporkan nekad membantu remaja terjatuh ke dalam longkang.

Namun kedua-duanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat lemas dibawa air yang deras.

Menurut Harian Metro, mangsa Mohd Asraf telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.

Foto: Sinar Harian

Sentiasa bantu orang lain

Menerusi perkongsian isterinya sendiri di Facebook, Allahyarham Asraf sentiasa membantu orang lain.

Ujar wanita cekal lebih dikenali sebagai Fara Atiqah ini, dia akan sentiasa mengingati pesanan yang telah diberikan sebelum arwah pergi menghadap Ilahi.

“Terima kasih untuk 6 tahun kita berumah tangga. Terima kasih tinggalkan harta empat orang anak untuk saya. Saya akan terus lakukan amalan yang awak buat semasa hayat awak ada. Buat kebaikan terus dan terus pada manusia atau binatang.

“Tiga minggu sebelum awak pulang ke sang pencipta banyak pesanan awak tinggalkan untuk saya. Saya akan ingat segala pesanan awak untuk tiga minggu yang terakhir. Saya akan simpan dalam-dalam kenangan saya dengan awak.”

Malah, dia turut mengingati niat arwah untuk meninggal dunia sewaktu berbuat kebaikan.

Foto: FB Fara Atiqah

Titip pesan buat anak untuk sentiasa bantu orang lain

Pada masa yang sama, dia telah menitip pesan buat anak-anaknya untuk mengikut jejak langkah arwah ayah supaya sentiasa membantu orang lain.

Fara turut tidak terlepas menzahirkan ucapan terima kasih buat yang sentiasa berada di sisi untuk memberi kekuatan dan juga bantuan diperoleh daripada orang awam.

Foto: FB Fara Atiqah

“Untuk yang sedekah buat saya dan anak-anak walaupun saya tak pernah kenal awak semua, kita hanya kenal di alam maya. Terima kasih saya ucapkan. Semoga segala urusan awak semua dipermudahkan.

“Untuk semua yang ada disisi saya dan anak-anak waktu sekarang terima kasih saya ucapkan. Ada semasa saya perlukan kekuatan. Halalkan makan minum suami saya. Maafkan jika suami saya ada sakiti hati awak semua.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.