
Terpisah Lama, Gelandangan Akhirnya Berjumpa Semula Keluarga Lepas Masuk TikTok
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tatkala negara masih lagi dilanda wabak pandemik, banyak individu yang terjejas dan perlu dibantu termasuklah gelandangan.
Baru-baru ini, viral sebuah video di TikTok mengenai sekumpulan pihak NGO yang telah memberi bantuan dan makanan kepada sekumpulan gelandangan sehingga ia bertukar menjadi satu kisah yang tak diduga.
Terpisah bertahun lama
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Firdaus, pasukan sukarelawan tersebut telah berjaya menemukan sebuah keluarga yang sudah terpisah lama semasa memberi bantuan dan makanan kepada sekumpulan gelandangan.
Salah seorang daripada gelandangan tersebut dipercayai sudah lama dicari oleh ahli keluarganya selepas beberapa tahun menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Dalam video tersebut, ahli keluarga gelandangan itu terus menghubungi pihak NGO tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan lokasi mereka. Kemudian, mereka turut dilihat sempat berbual menerusi panggilan video dan bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing.
@firdaus_nazri Asbab dari video kami Bagi makan bertemulah seseorang yg dah lama kehilangan 😭😭##fypシ ##foryou ##foryoupage ##viral ##gelandangan ##fyp ##malaysiatiktok
♬ bunyi asal – MfirdausNazri
@firdaus_nazri BERTAHUN HILANG KELUARGA INGT DAH ARWAH @censhisenci @semuthitam389 ##fypシ ##foryou ##foryoupage ##viral ##gelandangan ##fyp ##malaysiatiktok
♬ Conquest of Paradise – The Fan Lounge
Disangka sudah meninggal


Apa yang lebih membuatkan sebak apabila pemanggil di telefon tersebut menyangka gelandangan yang merupakan saudaranya itu sudah ‘tiada’ kerana tidak dapat dikesan sekian lama.
Difahamkan, gelandangan itu telah dibawa pulang selepas merapikan diri dan membuat pemerikaaan kesihatan di klinik. Malah, pihak keluarga gelandangan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan NGO kerana memberi bantuan serta memudahkan proses membawa pulang saudaranya itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan kisah tersebut. Bahkan, ramai juga yang mengucapkan kata syukur apabila mengetahui ahli keluarga gelandangan itu sudah membawa dia pulang ke rumah.

