fbpx
Now Reading
Ini Syarat & Cara Memohon i-Citra KWSP Yang Patut Anda Tahu

Ini Syarat & Cara Memohon i-Citra KWSP Yang Patut Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menerusi satu perutusan khas telah mengumumkan beberapa Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan.

Antara inisiatif yang menarik perhatian orang ramai pastinya kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP yang boleh dilakukan mana-mana pencarum KWSP tertakluk kepada baki akaun 1.

Jadi di bawah kami kongsikan segala info penting seperti syarat dan cara memohon buat anda yang merancang untuk membuat pengeluaran i-Citra.

Apakah i-Citra?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Kerajaan menjangkakan 12.6 juta ahli KWSP akan dapat menikmati pengeluaran ini.

Siapa yang layak memohon?

  1. Semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah jumlah yang layak dikeluarkan?

Ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

Secara terperinci nya :

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Bila boleh membuat permohonan?

Permohonan akan dibuka bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Cara membuat permohonan

Untuk memohon, ahli KWSP hanya perlu melakukan permohonan menerusi portal dalam talian i-Citra iaitu icitra.kwsp.gov.my . Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Menurut KWSP, semua ahli dibenarkan membuat permohonan dengan syarat mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Untuk menyemak jumlah simpanan KWSP, ahli boleh melakukannya menerusi

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Bila bayaran pertama akan diterima?

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra , atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.