fbpx
Now Reading
Kacau Pekerja Sapu Sampah, Video Buaya Kena Marah Buat Netizen Dekah

Kacau Pekerja Sapu Sampah, Video Buaya Kena Marah Buat Netizen Dekah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercakap tentang buaya, sudah pasti sesiapa sahaja akan berasa gerun. Tidak kira lah besar atau kecil saiznya.

Apatah lagi, apabila buaya itu membuka mulut dan menunjukkan giginya yang tajam. Seriau!

Sedang bersihkan tempat buaya

Foto: TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @bedamau, ia memaparkan situasi dimana seorang lelaki membersihkan kawasan yang menempatkan buaya.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan salah seorang pekerja sebuah Taman Buaya di Melaka.

Memarahi buaya

Foto: TikTok

Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu memarahi seekor buaya dihadapannya ketika dia sedang membersihkan daun kering di kawasan penempatan reptilia tersebut. Malah, dia kelihatan tidak gentar apabila berdiri dekat dengan buaya tersebut.

Dalam video tersebut juga, jelas kedengaran lelaki yang bernama Rizal itu mulai berleter dan memarahi buaya sehingga mengundang dekah ramai.

Raih 4 juta tontonan

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah viral sehingga meraih lebih 4 juta tontonan  dan disertai dengan 298.9 ribu tanda suka hanya dalam masa dua hari selepas dimuat naik.

@bedamau

marah2 syg ARIS2😘🐊TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA

♬ bunyi asal – rizal@atan besi

Rata-rata netizen terhibur dan ketawa melihat gelagat Rizal yang membebel sambil diperhatikan oleh buaya itu yang diberi nama Aris.

Bahkan, ramai juga yang berasa takut apabila melihat reptilia tersebut kerana ia amat besar dan menggerunkan walaupun kelihatan jinak dengan Rizal di dalam video tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.