fbpx
Now Reading
Setelah 2 Tahun Menetap di Malaysia, YouTuber The Food Ranger Buat Keputusan Pindah Ke Dubai

Setelah 2 Tahun Menetap di Malaysia, YouTuber The Food Ranger Buat Keputusan Pindah Ke Dubai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata netizen pasti familiar dengan YouTuber Trevor James. Dia cukup terkenal dengan channel food hunting miliknya, The Food Ranger.

Tahun lalu, dia dan pasangan telah menetap di Malaysia kerana meminati makanan tempatan. Namun menurut perkongsiannya baru-baru di Instagram, mereka berdua telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai.

Ingin meneroka kawasan pelancongan dan makanan di Dubai

Ujar vlogger kelahiran Kanada ini, lokasi tersebut telah dipilih kerana dia ingin meneroka kawasan pelancongan dan makanan di sana.

“Selepas perbincangan dibuat, saya dan Ting akan berpindah dan menetap di Dubai.

“Kami telah memutuskan Dubai buat masa ini kerana ia merupakan lokasi yang sesuai untuk melancong dan juga untuk mencuba semua makanan di Dubai dan UAE.”

Berterima kasih kepada individu yang ambil berat mengenainya

Tak terhenti di situ, dia telah menzahirkan ucapan terima kasih di dalam posting itu buat individu yang sentiasa mengambil berat mengenai keselamatannya sepanjang dia menetap di Kuala Lumpur.

Dia juga tidak melepaskan peluang menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia sekiranya situasi mengizinkan di masa yang akan datang.

Foto: IG Trevor James

“Terima kasih kepada semua yang telah mengambil berat mengenai kami, kesihatan kami baik-baik sahaja dan hanya menetap di rumah sepanjang lockdown di Kuala Lumpur.”

“Saya sangat gembira untuk berpindah ke Dubai, tapi pada masa yang sama juga merasa sedih untuk meninggalkan Malaysia kerana kami sangat menggemari negara ini.

“Namun ini bukanlah sebuah pengakhiran kerana saya akan kembali ke Malaysia, tempat paling saya gemari di dunia!”

Foto: IG Trevor James

Pernah teroka beberapa tempat di Asia untuk makanannya

Sebelum ini, Trevor telah berkunjung ke beberapa negara termasuk Malaysia, China, Singapura dan Thailand untuk berkongsi kepelbagaian makanan dari kawasan Asia.

Penyampaian yang cukup menarik menerusi video di akaun YouTube miliknya telah berjaya menarik minat orang ramai dari luar negara untuk berkunjung ke Malaysia dan menikmati makanan tempatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.