fbpx
Now Reading
“Ada Lagi Tu..” – Polis Kongsi Detik Seram Jumpa Kelibat Pocong Bergoyang Belakang Pokok Pisang

“Ada Lagi Tu..” – Polis Kongsi Detik Seram Jumpa Kelibat Pocong Bergoyang Belakang Pokok Pisang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi tugas anggota polis untuk bekerja sehingga ke lewat malam. Tambah pula situasi di Malaysia pada ketika ini yang sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, maka mereka perlu bekerja lebih keras untuk memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya oleh rakyat.

Tiap kali menyebut tentang bekerja pada larut malam, pasti ramai yang terfikir tentang bahaya yang terpaksa dilalui oleh para pekerja. Malah ada juga yang bercakap mengenai perkara mistik boleh terjadi sewaktu menjalankan tugas.

Terjumpa kelibat misteri sewaktu bertugas

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pegawai polis yang terjumpa kelibat misteri sewaktu sedang bertugas pada larut malam.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok @zarulshahfiqrie, anggota polis tersebut sedang menyuluh lampu ke arah kelibat di sebalik pokok pisang.

@zarulshahfiqrie

abang polis kena ganggu ? ##fypシ ##fypage ##fyp ##fypシ゚viral ##bangbangbang

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Selepas diamati, rupa-rupanya ia merupakan makhluk halus iaitu pocong yang terlihat seperti sedang melakukan head banging.

Cuba suluh pada jarak dekat

Video itu sudah semestinya menyebabkan orang ramai meremang bulu roma kerana anggota polis tersebut cuba untuk menyuluh lampu pada jarak yang lebih dekat.

Namun begitu, kelibat itu secara tiba-tiba hilang dan tidak dapat dijumpai walaupun pencarian telah dibuat di sekitar kawasan yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang tidak dapat melihat kelibat itu. Malah ada juga yang berpendapat makhluk itu tidak hilang dan masih berada di tempat yang sama.

“Sesetengah orang lari sambil jerit pada kelibat itu.” – Netizen

Masih ada pada tempat sama

Tak nampak apa-apa kelibat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.