Isu Video ‘Kenduri Durian’ : Timbalan Speaker Mohon Maaf, Akui Keliru

Selepas beberapa hari menjadi topik hangat ekoran video ‘kenduri’ durian, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini membuat permohonan maaf di atas kealpaannya berkait penjelasan mengenai isu tersebut.

Mohd Rashid berkata, terdapat kekeliruan yang timbul kerana dia tidak menonton video berkenaan sewaktu memberi jawapan kepada media.

“Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Selepas selesai mengadap Yang DiPertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk menganalisa video yang terkait pada saya,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai video tular, Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, video berkenaan sebenarnya ketika dia hadir mendengar permasalahan yang dialami pekebun raja buah itu.

Menurut Mohd Rashid, sejak PKP pertama hingga kini, beliau sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman berikutan jualan yang merosot.

“Setelah meneliti, salah satu video yang tular semalam adalah lawatan saya ke kebun durian kampung yang diusahakan masyarakat setempat yang mana turut terkesan berikutan PKP ini.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan Menteri untuk dibawa pulang,” katanya.

Terdahulu pada selasa, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka susulan satu laporan dibuat berkenaan video memaparkan aktiviti wakil rakyat itu sedang menikmati buah durian tular dalam media sosial.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago