fbpx

Panas Isu Gula-Gula ‘Planet Gummy’ dan ‘Eyeballs’, Jakim Bakal Siasat Status Halal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu yang lalu, gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eyeballs’ meningkat popular di media sosial. Ramai yang tertarik dan berminat untuk mencuba kerana dikatakan enak dan coraknya juga menarik perhatian.

Malah sesiapa sahaja mengikuti trend ini dengan mencuba makanan tersebut menerusi perkongsian video biasanya akan mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi.

Namun begitu, status gula-gula itu yang dikatakan tidak halal telah memberi kejutan buat orang ramai. 

Melihat keraguan ini telah menjadi buah mulut, segelintir netizen tampil menjelaskan perbezaan gula-gula ini antara yang halal dan juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun, Bahagian Hab Halal Jakim tetap memberi perhatian terhadap perkara ini dan siasatan akan dijalankan, seperti dipetik Kosmo.

Difahamkan makanan tersebut merupakan produk import dari China dan Korea.

Foto: Kosmo

“Beberapa hari lalu, pengguna dikejutkan mengenai produk yang dijual secara dalam talian ini mengandungi bahan tidak halal.

“Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun TikTok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.”

Foto Hiasan: Youtube JaeYeol ASMR

Ujar mereka, pengguna haruslah sentiasa berhati-hati sebelum membuat pembelian secara online dan dapatkan kepastian mengenai status halalnya terlebih dahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.