fbpx
Now Reading
Peminat K-Pop Thailand Bantu Pemandu Tuk Tuk Raih Pendapatan Dengan Cara Kreatif

Peminat K-Pop Thailand Bantu Pemandu Tuk Tuk Raih Pendapatan Dengan Cara Kreatif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan pandemik Covid-19 sejak setahun yang lalu benar-benar memberi kesan kepada seluruh penduduk dunia.

Bukan setakat menjejaskan kesihatan dan nyawa, pandemik maut ini turut memberi impak pada semua jenis sektor ekonomi dimana sektor pelancongan antara menjadi sektor paling terjejas.

Keadaan ini pastinya dirasai rakyat Thailand khususnya pemandu Tuk Tuk yang turut terkesan dengan keadaan berkenaan memandangkan mereka selama ini bergantung harap pada pelancong luar yang sering menjadikan negara mereka sebagai destinasi pelancongan pilihan sejak dahulu lagi.

Bergelar seorang pemandu Tuk Tuk,  Samran Thammasa suatu masa dahulu mampu memperoleh sekitar 1,500 Baht (RM195) sehari hasil membawa penumpang ke segenap destinasi di Bangkok namun keadaan berubah menjadi sebaliknya.

Namun siapa sangka disebalik keadaan tersebut, Samran dan ribuan pemandu Tuk Tuk di sana boleh dikatakan bernasib baik kerana masih mampu menjana sedikit pendatapan hasil bantuan tanpa diduga yang dihulurkan peminat K-pop di sana.

Apa inisiatif yang mereka lakukan?

Jika sebelum ini golongan anak muda yang begitu gilakan K-pop akan menunjukkan apresiasi terhadap bintang pujaan mereka dengan meletakkan poster-poster mereka di papan billboard, kini mereka mengubah kaedah tersebut.

Mereka sebaliknya menggunakan kenderaan Tuk Tuk untuk membawa poster poster tersebut berpusing sekitar bandar Bangok dengan tujuan membantu pemandu-pemandu tersebut meraih pendapatan.

Mengakui langsung tidak mengenali  bintang K-pop Jessica Jung, Samran bagaimanapun kini bersyukur kerana peminat Jessica sanggup mengupahnya untuk membawa poster Jessica di atas kenderanannya.

Dan hasil dari bantuan kecil tersebut, mereka berjaya menjana pendapatan kecil sekitar 600 Baht (RM78) sebulan.

Foto : SCMP

“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” ujar Samran, sambil melihat pada iklan Jessica Jung di ‘tuk-tuk’nya.

Bukan hanya peminat Jessica, sebaliknya perkara sama turut dilakukan ramai lagi peminat artis k-pop lain dan k-drama seperti Kim Tae Hyung (BTS) , Sunny SNSD, Chae Jong hyeop dan ramai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.