fbpx
Now Reading
Terlalu Rindu Datuk & Nenek, Kanak-Kanak Minta Kebenaran Polis Nak Rentas Negeri

Terlalu Rindu Datuk & Nenek, Kanak-Kanak Minta Kebenaran Polis Nak Rentas Negeri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang terlalu rindu untuk pulang ke kampung setelah sekian lama tidak berjumpa dengan ahli keluarga dek larangan rentas negeri semasa tempoh PKP.

Hal ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga mengalami perkara yang sama apabila sekian lama tidak bertemu dengan datuk dan nenek di kampung.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum, di merakam anak lelakinya yang mengajaknya untuk pulang ke kampung.

Terlau rindu datuk & nenek

Foto: TikTok

Difahamkan dia telah membawa sendiri kanak-kanak itu bersemuka dengan pihak polis oleh kerana anaknya terlalu rindu akan datuk dan neneknya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kanak-kanak lelaki itu bercakap sendiri dengan polis untuk meminta kebenaran pulang ke kampung halaman sebaik tiba di balai tersebut.

Namun, pihak polis itu cuba menerangkan dengan baik tentang pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan sesiapa pun merentas negeri.

Foto: TikTok

Menangis tak dapat balik kampung

Foto: TikTok

Kanak-kanak itu kemudian menangis di dalam kereta kerana sedih tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya. Ibunya turut kelihatan memujuk si anak agar bersabar.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah viral sehingga meraih 360.9K views, 25.7K likes dan 2.1 shares di aplikasi TikTok.

@pwincess130

BILA KAU DAH RINDU SANGAT, SANGGUP BERANIKAN DIRI JUMPE POLIS😢##lockdown ##fyp ##fypシ ##tiktokmalaysia ##intanpayung

♬ Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen berasa sebak dan turut sedih melihat telatah kanak-kanak tersebut. 

Malah, ramai juga yang pada itu, ramai juga yang merasai pengalaman sama dan turut berada rindu untuk pulang ke kampung berjumpa ibubapa mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.