fbpx
Now Reading
“2 Hero Malaysia Bertemu” – Netizen Teruja Caprice Akhirnya Berjumpa Ustaz Ebit Lew [Video]

“2 Hero Malaysia Bertemu” – Netizen Teruja Caprice Akhirnya Berjumpa Ustaz Ebit Lew [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui dua personaliti terkenal negara iaitu pendakwah merangkap aktivis, Ustaz Ebit Lew dan rapper yang juga usahawan, Caprice ketika ini sedang sibuk menjalani misi kemanusiaan di Gaza dan Mesir.

Namun mungkin disebabkan jadual yang padat serta beberapa faktor-faktor lain, kedua mereka tidak berpeluang bertemu sejak Carice menjejakkan kakinya ke Cairo seminggu yang lalu.

Malah ramai beranggapan harapan untuk melihat mereka berdua bertentang mata di sana adalah tipis disebabkan beberapa prosedur ketat selain Ustaz Ebit lew dan delegasinya sudah masuk ke bandar Gaza pada isnin lepas.

Namun sebentar tadi, Caprice menerusi satu perkongsian di Instagramnya memaklumkan dia sudahpun bertemu pendakwah berkenaan.

Dia menerusi perkongsian sama turut berkongsi video sewaktu pertemuannya bersama pendakwah kesayangan rakyat Malaysia itu.

Alhamdulillah finally dapat jumpa Ebit Lew

“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya. Akhirnya dapat jumpa Ebit Lew” tulis Caprice ringkas.

Meskipun tidak mendedahkan lokasi pertemuan mereka, perkongsian rapper tersebut bagaimanapun membuatkan ramai pengikutnya teruja.

Malah ramai turut mendoakan agar kedua-dua aktivis berkenaan dilindungi dan dipermudahkan segala urusan sepanjang mereka disana.

Ramai dalam masa sama turut berharap agar kedua mereka dapat bertemu dengan satu-satunya rakat Malaysia di Gaza iaitu Nadir Al Nuri atau nama betulnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman  yang juga merupakan Pengasas NGO Persatuan Cinta Gaza

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.