fbpx
Now Reading
3 Hari Makan Biskut Akibat Terputus Bekalan, Ibu Tunggal Kibar Bendera Putih Demi Bantuan

3 Hari Makan Biskut Akibat Terputus Bekalan, Ibu Tunggal Kibar Bendera Putih Demi Bantuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang kita ketahui, kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bertujuan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling supaya dapat menghulurkan bantuan dengan kadar segera.

Antara foto bendera putih yang tular di laman sosial
Foto: Media Rania
Antara foto bendera putih yang tular di laman sosial
Foto: Media Rania

Gantung bendera depan rumah

Menerusi laporan FMT, seorang wanita yang dikenali sebagai Rohayah Che Samah telah menggantungkan bendera putih di hadapan rumahnya sebagai tanda memerlukan bantuan.

Difahamkan, ibu tunggal yang tinggal di rumah sewa kecil berukuran 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa Kelantan itu membuat keputusan sedemikian selepas tiga hari hidup hanya bergantung dengan makan biskut kering.

Malah, dia turut berkata duit simpanannya telah pun habis dipakai serta dia telah terputus bekalan beras sejak tiga hari lalu.

Foto: Bernama

Hanya menjamah biskut

Wanita yang tinggal bersama anak bongsunya berusia 14 tahun ini cuma menjamah biskut dan kek yang diberikan oleh jiran-jirannya.

Dia turut memberitahu hanya memasang bendera putih itu setelah disuruh adik perempuannya yang menjadi tempat mengadu nasib.

Saya sebenarnya tak tahu pasal bendera putih untk minta bantuan. Saya bersyukur lepas saya kibar bendera putih, orang datang beri bantuan kepada saya.

Menurut sumber, ibu kepada enam orang anak ini juga dipercayai mempunyai masalah kewangan kerana dia hanya bergantung kepada pendapatan kecilnya dengan menjual lukisan batik pada harga RM2 sehelai.

Rohayah memaklumkan hasil jualan sehari paling banyak adalah melukis tujuh helai batik. Namun begitu, dia sudah tidak mempunyai bahan melukis yang cukup sejak PKP diadakan.

Bahkan, anak-anaknya yang lain juga tidak dapat menanggung dirinya kerana masing-masung terkesan akibat pandemik.

Semoga lebih ramai yang datang membantu dan menghulurkan pertolongan kepada keluarga atau individu yang sedang dalam kesusahan pada masa ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.