fbpx
Now Reading
“Akak Perlu Bantuan Ke?” – Wanita Jemur Kain Lap Pada Tingkap, Jiran Salah Anggap Kibar Bendera Putih

“Akak Perlu Bantuan Ke?” – Wanita Jemur Kain Lap Pada Tingkap, Jiran Salah Anggap Kibar Bendera Putih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kempen bendera putih diperkenalkan baru-baru ini, ramai yang telah memanfaatkan usaha tersebut untuk mendapatkan keperluan asas bagi menampung kehidupan seharian.

Malah ada juga segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang awam tampil menghulurkan bantuan buat golongan yang memerlukan ini.

Namun situasi yang dihadapi oleh wanita ini cukup berbeza dan mengundang dekah selepas sehelai kain lap berwarna putih disangkut pada tingkap rumahnya telah disalah anggap.

Tengah jemur kain lap putih

Menerusi perkongsian wanita yang lebih dikenali sebagai Annie Sait di akaun Facebook, pada mulanya dia sedang menjemur kain lap yang baru dibasuh pada tingkap rumahnya.

Setelah 40 minit, tiba-tiba dia terdengar suara memberi salam dan dia menganggap individu tersebut merupakan penghantar barang ataupun penjual kek.

Baru 40 minit aku sidai kain lap di jendela tiba-tiba ada jiran bagi salam. Pelik, aku ingat runner atau budak-budak J&T hantar atau collect barang sedangkan pagi tadi sudah datang.

Sekali dia bertanya akak okay ke. Perlu apa-apa bantuan .Ya Allah terharu nya …. .

Jiran datang tanya khabar

Namun tak disangka, jirannya telah datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan sama ada dia memerlukan bantuan keperluan harian setelah melihat kain berwarna putih yang digantung.

Dia yang keliru dengan situasi itu kemudian tersedar mengenai kempen bendera putih yang kini giat dijalankan di serata tempat.

Rasa terharu dan berterima kasih

Kejadian itu kemudian bertukar lucu kerana tidak semena-mena dia telah disalah anggap. Dalam pada itu, dia tetap menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada jiran yang begitu prihatin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan situasi itu. Malah ada juga yang memuji keprihatinan jirannya yang sedia membantu.

Bersyukur jiran prihatin

Kawasan kejiranan suka membantu

Jiran dari kawasan jauh

Kredit Foto: Malaysia Kini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.