fbpx
Now Reading
Bersama Pastikan Rider Makanan Selamat Di Atas Jalan , Walls’s Lancar Kempen Wall’s Bersama Riders’

Bersama Pastikan Rider Makanan Selamat Di Atas Jalan , Walls’s Lancar Kempen Wall’s Bersama Riders’

Wall’s Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk memainkan peranan dalam menyebarkan kegembiraan dengan menyokong inisiatif sumbangan topi keledar kepada penunggang penghantar makanan Grab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Komited untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih gembira dan selamat, Wall’s Malaysia bersama GrabFood telah melancarkan kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Berlangsung dari 1 hingga 25 Julai 2021, kempen tersebut diadakan bagi menjaga keselamatan para penghantar makanan yang gigih menjalankan tanggungjawab mereka menghantar pesanan makanan rakyat Malaysia yang semakin meningkat susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO).

Menurut Walls dalam satu kenyataan media, menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders” ini, rakyat Malaysia dapat memainkan peranan mereka dalam memastikan keselamatan para penunggang penghantar makanan semasa bekerja.

Dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood, RM5 akan disalurkan ke dana yang diperlukan untuk membeli topi keledar. Kempen ini menyasarkan pengumpulan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000.

“Di Wall’s, kami percaya aiskrim menjadikan kita lebih gembira. Justeru itu, sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita.

“Kempen ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi inisitif yang telah kami jalankan untuk menyebarkan kegembiraan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang kurang bernasib baik. Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.

Pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia.

Bagaimana untuk menyertainya?

Untuk menyertai, kongsikan kenangan terindah anda bersama penunggang penghantar makanan Grab di Instagram, tag @wallsmalaysia dan sertakan tanda pagar #WallsBersamaRiders #TQGrabRider #ChooseHappierTogether. Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan di saluran media sosial Wall’s Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Wall’s Bersama Riders”, layari halaman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.