fbpx
Now Reading
“Dia susah tapi masih boleh bersedekah” – Tindakan Makcik Ni Beri Air Percuma Pada Pemuda ‘Kehausan’ Undang Sebak Ramai

“Dia susah tapi masih boleh bersedekah” – Tindakan Makcik Ni Beri Air Percuma Pada Pemuda ‘Kehausan’ Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada musim pandemik ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh kerajaan. Berikutan perkara ini, ramai yang terjejas dari segi kewangan untuk memenuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuklah dari segi pekerjaan.

Antara paling jelas terjejas adalah peniaga kecil-kecilan yang kehilangan jumlah pelanggan dengan banyak secara drastik.

Namun ini bukanlah penghalang buat sesetengah peniaga atau individu untuk kekal membantu orang lain walaupun bergelut dalam menjana pendapatan seharian.

Lelaki cuba minta air segelas secara percuma

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang makcik berniaga di tepi jalan yang didatangi seorang lelaki yang sedang kehausan.

Menerusi video yang dikongsi di YouTube Hanif Asyraf, dia cuba untuk meminta segelas minuman daripada makcik itu secara percuma kerana dompetnya tertinggal di rumah.

Makcik itu dengan tidak berfikir panjang terus menyediakan minuman itu buatnya.

Pakaian makcik itu telah koyak di sana sini

Menurut Hanif, dia terlihat baju dan tudung yang dipakai telah koyak di sana sini dan berkemungkinan perniagaannya terjejas di musim PKP ini.

Namun begitu, dia tetap ingin berkongsi rezeki dan berniat untuk melakukan sedekah.

Takpa tak bayar, nak sedekah. Air RM2 je, takkan nak sedekah RM2 tak boleh.

Ia hantayalah ‘social experiment’

Namun lelaki tersebut bukanlah benar-benar kehausan sebaliknya dia pada penghujung menjelaskan ianya hanyalah lakonan semata-mata sebagai sebuah social experiment.

Terharu dengan tindakan murni makcik itu, dia kemudian telah menghadiahkan beberapa barangan termasuk sepasang kain telekung sebagai ‘pembayaran’ untuk minuman yang telah diberi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa sebak dengan usaha murni makcik itu. Ada juga yang mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.

“Teringin nak buat macam ni” – Netizen

Memberi dengan bahagia

Luah rasa sebak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.