fbpx
Now Reading
“Nak Nangis Ke Nak Happy”- Video Budak Kena Usik Dengan Dancing Cactus Undang Tawa

“Nak Nangis Ke Nak Happy”- Video Budak Kena Usik Dengan Dancing Cactus Undang Tawa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Permainan dancing cactus telah menjadi salah satu patung kesukaan kanak-kanak pada waktu ini kerana ia berfungsi untuk mengulang semula percakapan atau suara orang sekeliling.

Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang menyukai permainan tersebut.

Foto: TikTok

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman TikTok, dia memuat naik video yang memaparkan kanak-kanak lelaki menangis semasa bermain dengan patung yang mengeluarkan bunyi itu.

Dalam  video tersebut, si kecil itu pada awalnya nampak berani sahaja. Akan tetapi, mukanya kemudian berubah apabila dancing cactus itu meniru semula suaranya.

Apa yang lebih kelakar, suara tangisannya juga terhenti apabila patung mainan itu tetap mengganggu dan mengajuk semula suaranya.

Foto: TikTok
@long_2726

Acah2 berani lg…🤣🤣🤣

♬ original sound – Amir zaim

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah tular di aplikasi TikTok sehingga  mendapat 842.1K views, 77.4K  likes dan 2.6K shares.

Menjengah ke ruangan komen pula mendapat rata-rata netizen turut terhibur dan ketawa melihat gelagat lucu si kecil selepas diusik patung permainan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.