fbpx
Now Reading
Cari Rezeki Sambil Tolak Cucu Dalam Troli, Kegigihan Warga Emas Buat Ramai Tersentuh Hati

Cari Rezeki Sambil Tolak Cucu Dalam Troli, Kegigihan Warga Emas Buat Ramai Tersentuh Hati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan sehingga ada yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan orang luar.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan kisah seorang warga emas yang gigih mencari rezeki walaupun dirinya sudah lanjut usia.

Tolak cucu dalam troli

Foto: TikTok

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Kyrina di laman TikTok, dia merakam seorang nenek menolak cucunya yang berada dalam sebuah troli di sekitar lebuhraya DUKE Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, nenek itu memberitahu Kyrina bahawa dia hanya mampu mengutip barang kitar semula seperti kotak dan botol kosong demi menyara hidupnya.

Difahamkan, warga emas itu tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang agak jauh dari tempat mereka berjumpa. Oleh sebab simpati dengan nasib warga emas berkenaan, Kyrina memberikan sejumlah wang sebagai sumbangan.

Foto: TikTok

Tadah tangan bersyukur

Foto: TikTok

Apa yang menyentuh hati adalah apabila nenek tersebut terus menadah tangan sebagai tanda syukur sebaik sahaja dia mengambil pemberian tersebut.

Khyrina memberitahu bahawa dirinya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat nenek itu dan cucunya.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah viral di TikTok sehingga mencecah 416.1K views, 46K likes dan 2.4 comments. Rata-rata netizen tersentuh dan sebak melihat perkongsian tersebut.

@kyrina.xx

Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya Allah! 😢🤲🏻 ##juzfit ##fyp

♬ original sound – Ikmal Alif

Malah, ramai juga yang turut mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki kerana bermurah hati menolong orang dalam kesusahan.

“Alhamdullilah contoh yang baik”

“Moga lebih ramai orang macam ini dalam dunia, yang saling membantu”

“Semoga Allah balas jasa”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.