fbpx
Now Reading
Gunakan Isu Bunuh Diri Untuk Promosi Produk, Tindakan Ejen lnsurans Ini Naikkan Kemarahan Netizen

Gunakan Isu Bunuh Diri Untuk Promosi Produk, Tindakan Ejen lnsurans Ini Naikkan Kemarahan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 telah memberi impak ketara ke atas kesihatan mental.

Ini boleh dilihat menerusi data yang dikeluarkan PDRM dimana kes kematian akibat bunuh diri mencatatkan peningkatan yang tinggi dimana 468 kes dilaporkan setakat dari Januari hingga Jun 2021.

Ia begitu ketara berbanding jumlah kes terdahulu iaitu 609 kes bagi sepanjang tahun 2019 dan 631 kes bagi tahun 2020.

Namun siapa sangka, isu yang serius ini bagaimanapun telah menjadi satu ‘peluang’ buat segelintir agen insurans yang tidak beretika dimana mereka dengan beraninya menjadikan isu ini sebagai satu peluang untuk mempromosikan produk takaful mereka.

Menerusi satu perkongsian di twitter, seorang pengguna @pedoqpop telah berkongsi satu paparan screenhshot status ig story yang dipercayai milik seorang ejen takaful yang telah dikongsikan kepadanya.

“Pesan kat geng insurans jangan promote produk sampai macam ni. Tak kelakar!”

Menerusi paparan tangkap layar tersebut , ejen berkenaan dilihat sengaja mengaitkan isu bunuh diri berkenaan dengan pampasan hibah.

“Untuk kes bunuh diri hanya boleh claim lepas polisi setahun dan keatas. Jadi apply la awak, tak tahu PKP berapa lama lagi ni”

Tindakan yang diibaratkan ‘menangguk di air yang keruh’ nyata menaikkan kemarahan orang ramai. Majoriti dilihat mengecam strategi pemasarannya yang disifatkan biadap dan langsungt tidak menjaga perasaan keluarga manga-mangsa yang sudah tiada.

Turut diselar oleh ejen insurans lain

Malah ada dikalangan ejen insurans sendiri yang turut menyelar strategi pengiklanan individu berkenaan yang disifatkan hanya mementingkan diri sehingga memberikan kesan kepada ejen-ejen lain.

https://twitter.com/aisyahrazeli/status/1410596024477839373

Talian bantuan


Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.