Hantar Video ‘Ritual Sihir’, Scammer Ugut Bakal Santau Jika Mangsa Enggan Bayar RM100
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika ini dimana ramai rakyat terkesan dari segi kewangan, ada pula individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan taktik kotor untuk menjana pendapatan dengan mudah.
Antara masalah yang telah membelenggu orang ramai sejak dulu lagi adalah kewujudan scammer. Kegiatan mereka ini dijalankan melalui pelbagai modus operandi dimana kadang kala boleh mengelirukan dan menakutkan si pemangsa.
Taktik scammer minta duit ugut hantar sihir
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @cikguseo telah berkongsi salah satu taktik yang digunakan oleh scammer untuk menipu mangsanya.
Menerusi perkongsian pengguna tersebut yang lebih dikenali sebagai Cikgu Seo, scammer tersebut telah mengambil gambar dan nombor telefonnya di media sosial.
Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik, sekeping gambarnya beserta dengan beberapa video ritual sihir telah dihantar sebagai ugutan untuk membayar RM100 kepadanya.
Malah scammer tersebut siap mengugut bakal membunuh Cikgu Seo serta isterinya menggunakan kaedah sihir sekiranya tiada sebarang pembayaran dibuat.
“Kalau you tak nak mati hari ini sama isteri you, you bagi saya duit RM100.”
Hantar bukti kebolehan ‘bersihir’
Menurut salah satu video yang dihantar kepadanya, scammer tersebut telah merakam anak patung yang dibungkus dengan kain putih untuk ‘membuktikan’ kebolehannya menghantar sihir menggunakan suara.
“You tengok ni mainan saya. You tengok saya boleh bunuh you dengan guna suara je. You tengok saya akan buat you mati malam ini.”
Sama sekali tak terkesan dengan ugutan itu, pakar teknologi maklumat ini terus menyekat akaun tersebut untuk tidak memanjangkan keadaan.
Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut hanya mengundang dekah ramai yang terhibur dengan cara scammer itu terdesak mendapatkan duit.
Jumlah duit diminta tak berbaloi
Ajak berlawan
Ada juga beberapa netizen berkongsi tangkap layar perbualan bersama scammer tersebut yang jelas menunjukkan kegigihannya menipu ‘pelanggan’.