
“Macam Orang Menangis”- Pendaki Terjaga 2 Pagi, Dengar Suara Tangisan Seperti Meraung Dalam Hutan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aktiviti mendaki adalah salah satu aktiviti lasak yang amat disukai ramai. Sesetengah orang juga gemar meneroka dan mendaki gunung pada waktu malam.
Namun, seseorang itu seharusnya mempunyai pengetahuan luas sebelum menjalankan aktiviti berkenaan untuk mengelakkan sesat di dalam hutan ataupun gangguan haiwan bintang buas. Bahkan, hutan juga sering dikaitkan sebagai tempat tinggal makhluk ghaib seperti jin.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun bernama @rifqinurhafidz di TikTok, ia memaparkan sekumpulan lelaki yang pergi mendaki gunung pada waktu malam sehingga mengalami pengalaman seram disana.
Difahamkan mereka telah terperangkap di dalam hutan akibat cuaca hujan lebat. Mujurlah mereka mempunyai flysheet untuk berteduh semasa itu.

Apabila hujan reda, mereka memasang semula khemah yang dibawa untuk berehat sebelum bersiap sedia untuk tidur.
Apa yang menyeramkan adalah apabila mereka semua terdengar suara wanita menangis di kawasan berdekatan sehingga kesemuanya terjaga.
Apatah lagi, kejadian itu berlaku ketika pukul 2 pagi. Siapa pula yang nak menangis waktu macam ni kan? Memang meremang bulu roma!
Menurut pemuda terbabit, pada awalnya mereka ragu-ragu untuk keluar dari khemah namun selepas berbincang, mereka beranikan diri untuk mencari mana datangnya suara itu memandangkan ia semakin kuat seperti orang sedang meraung.


Dalam video tersebut, kelihatan salah seorang daripada mereka turut melaungkan azan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, sambungan kepada kejadian tersebut difahamkan akan dimuat naik dalam posting akan datang.
Part 1
@riqndzi Kejadian mistis di gunung krenceng ( part 1 ) ##pendaki ##gunung##mistis##fyp
♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Part 2
@riqndzi Balas @vanilaboys PART 2 !
♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 1.4M views, 176.4K likes dan 19.7K comments di TikTok. Rata-rata netizen turut berasa meremang dan tertanya-tanya tentang suara tangisan itu.
“Pernah dengar suara pontianak menangis”

“Jelas betul suaranya”

“Tangisan macam suara manusia”
