Now Reading
Turut Sertai Kempen Bendera Putih, Altimet & Rakan Beri Sumbangan Setiap Hari Jumaat

Turut Sertai Kempen Bendera Putih, Altimet & Rakan Beri Sumbangan Setiap Hari Jumaat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kempen bendera putih telah diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan harian. Justeru, banyak pihak yang telah mengambil inisiatif untuk turut bekerjasama membantu masyarakat setempat.

Menerusi posting Instagram penyanyi rap Altimet, dia dan seorang rakannya akan meronda sekitar kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak pada hari ini.

Foto: The Star

Difahamkan tujuan mereka adalah untuk memberikan bantuan barangan dapur untuk sesiapa sahaja di kawasan berkenaan yang mengibarkan bendera putih.

Ronda pukul 2 hingga 6 petang

Foto: IG Story Altimet

Pelantun lagu ‘Bunga’ itu memberitahu akan membuat rondaan bersama rakannya pada pukul 2 hingga 6 petang bagi mencari individu yang memerlukan bantuan.

Tambahnya, mereka akan meninggalkan kesemua barangan keperluan tersebut di hadapan rumah yang mengibarkan bendera berkenaan dan terus beredar dari kawasan tersebut sebaik sahaja selesai menghulurkan bantuan.

Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau di pintu depan rumah, untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik.

Tidak akan mengambil gambar

Menurut kapsyen di posting itu, mereka juga tidak akan mengambil gambar individu terbabit dan mereka juga tidak perlu berasa malu untuk mengambil bantuan yang dihulur.

Foto: IG Altimet

Bahkan, dia melarang mana-mana pihak untuk merakam video mahupun mengambil gambar bersamanya semasa proses pemberian bantuan tersebut.

Penyanyi rap itu juga mengatakan bahawa mereka berhajat untuk meronda setiap hari Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran. Dia turut mengalu-alukan orang ramai yang berhajat untuk turut serta menghulurkan bantuan dengan menyediakan nombor akaun khas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet kagun dan memberi pujian kepada Altimet kerana menghulurkan bantuan dengan penuh adab dan menghormati privasi penerima sumbangan.

Malah, ramai juga yang meninggalkan komen mendoakan penyanyi tersebut agar urusan dia dan rakannya itu dipermudahkan dan mereka sentiasa dikurniakan rezeki oleh Allah.

“Moga terus murah rezeki”

“Memberi dengan penuh adab”

“Salute bro”

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.