fbpx
Now Reading
“Sehari Buat Terus Dapat..” – Ada Dakwa Sudah Berjaya, Individu Kongsi Tips Untuk Cepat Dapat Tarikh Vaksin

“Sehari Buat Terus Dapat..” – Ada Dakwa Sudah Berjaya, Individu Kongsi Tips Untuk Cepat Dapat Tarikh Vaksin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[TERKINI] KKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan kaedah-kaedah jalan pintas untuk mendapatkan tarikh vaksin yang tular adalah palsu. Mereka memohon orang ramai untuk tidak ke Helpdesk bagi tujuan tersebut kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar ke MySejahtera.


Berapa ramai dari anda yang sudah berbulan-bulan mendaftar di MySejahtera, namun masih belum menerima sebarang notifikasi tarikh untuk mendapatkan suntikan vaksin? Mesti ramai bukan? Kami faham penantian itu satu penyiksaan.

Namun sejak beberapa hari lalu tular satu tips yang mendakwa boleh mempercepatkan anda untuk mendapat tarikh temu janji vaksin di MySejahtera.

Menerusi Facebook, pengendali laman Pemburu Tiket Murah telah berkongsi tips berkenaan kepada pengikut mereka.

Kaedahnya adalah seperti dibawah :

1) Klik pada ‘Covid-19 Vaccination’
2) Pilih ‘Vaccine Information’
3) Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start’
4) Scroll ke ruang paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?’
5) Kemudian pilih ‘Other Issues’
6) Di ruangan kosong, kemukakan pertanyaan anda. Sebagai contoh tulis tarikh anda membuat pendaftaran dan maklumkan anda masih belum mendapat tarikh temu janji sehingga ke tarikh hari ni.
7) Kemudian tekan ‘Submit’

Hasil pemerhatian BuzzKini di ruangan komen, ramai dari kalangan mereka yang mencuba mendakwa tips dan kaedah yang diberikan berhasil.

Berjaya seawal 4 jam selepas mencuba

Malah ada yang menjelaskan n berjaya menerima notifikasi tarikh vaksin seawal 4 jam selepas mencubanya.

Ada juga yang tidak berjaya

Namun dalam masa sama, ada juga yang mendakwa kaedah itu sebenarnya tidak berkesan dan tidak memberikan apa-apa perbezaan untuk mereka.

Terdahulu menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada memaklumkan mana-mana pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara boleh mencuba mendaftar untuk bagi mendapatkan vaksinasi awal menerusi ruangan Helpdesk.

“Ciri baharu ini telah dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera dan boleh diakses oleh pengguna bermula 28 Jun.

“Permohonan vaksinasi awal yang dihantar, akan diproses oleh sistem dalam masa 10 hari dan statusnya boleh disemak selepas tempoh tersebut, di laman vaksinasi aplikasi MySejahtera pemohon,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK beberapa hari lalu.


[TERKINI] KKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan kaedah-kaedah jalan pintas untuk mendapatkan tarikh vaksin adalah palsu. Mereka memohon orang ramai untuk tidak ke Helpdesk bagi tujuan tersebut kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar ke MySejahtera.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.