fbpx
Now Reading
Food Bank Dibolot Individu Tamak, Amil Tampil Dedah Sikap Orang Tak Bertanggungjawab

Food Bank Dibolot Individu Tamak, Amil Tampil Dedah Sikap Orang Tak Bertanggungjawab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, banyak pihak telah menjalankan kempen ‘food bank’ dengan menyediakan bekalan makanan di sesuatu tempat untuk membantu individu yang terkesan.

Akan tetapi, masih ada pihak yang mengambil kesempatan diatas bantuan tersebut dengan membolot barangan keperluan yang disediakan.

Menerusi ciapan di laman Twitter seorang amil, dia berkongsi kisah dimana food bank yang disediakan telah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut amil yang bernama Faisal itu, individu tersebut mengambil barangan dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk dibawa pulang.

Hari-hari ambil beras, telur satu papan, kicap, sardin dsb. Kadang pagi ambil, petang ambil lagi.

Melalui rakaman CCTV, individu tersebut dilihat membawa turut membawa beg plastik besar untuk mengambil lebih banyak tanpa memikirkan orang lain yang turut memerlukan.

Kalau mereka betul-betul perlukan memang tiada masalah. Tapi kalau sampai ambil hak orang lain itu dah zalim.

Dalam thread berkenaan, Faisal turut bertanya tentang cadangan bagaimana untuk mengelak ‘food bank’ daripada dibolot individu sedemikian.

Meninjau ke ruangan balas, netizen dilihat memberikan pandangan masing-masing seperti menyarankan food bank itu dijaga oleh AJK dan sediakan buku rekod kecil atau kupon untuk merekod penerima bantuan.

Ada juga yang berkata keadaan tersebut memang akan terjadi apabila wujudnya orang yang suka mengambil kesempatan. Bahkan, ada juga situasi di mana individu yang meminta bantuan bersikap ‘demand’ terhadap jenis bantuan yang dia mahukan.

“Buat database”

“JKK bagi kupon, rekod nama & IC”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.