fbpx
Now Reading
“Mesej Adalah Palsu, Tiada Jalan Pintas Untuk Dapatkan Janji Temu Vaksin Di MySejahtera” – KKM

“Mesej Adalah Palsu, Tiada Jalan Pintas Untuk Dapatkan Janji Temu Vaksin Di MySejahtera” – KKM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berhubung dengan penularan mesej dan perkongsian di media sosial yang kami artikelkan petang Ahad mendakwa ada jalan pintas untuk mendapatkan tarikh vaksin di aplikasi MySejahtera, rujuk di sini: (“Sehari Buat Terus Dapat..” – Ada Dakwa Sudah Berjaya, Individu Kongsi Tips Untuk Cepat Dapat Tarikh Vaksin) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lewat malam tadi memaklumkan ia adalah tidak benar.

Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasmi mereka, KKM menjelaskan mesej-mesej tular berhubung tips tersebut adalah palsu.

Justeru mereka memohon orang ramai untuk tidak mengikuti kaedah tersebut dengan menggunakan ruangan ‘Helpdesk’ untuk kerana tindakan tersebut hanya akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar menerusi MySejahtera.

“Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.

” Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera” menurut kenyataan berkenaan.

Terdahulu beberapa laman popular di media sosial telah berkongsi tips yang sama dengan mendakwa trik berkenaan dapat mempercepatkan proses vaksinasi.

Hasil carian kami di ruangan komen, ada yang mendakwa ianya berkesan namun ada segelintir yang memaklumkan kaedah tersebut tidak memberikan apa-apa perbezaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.