fbpx
Now Reading
Pekerja Kilang Terputus Bekalan Makanan, Pihak Polis Terus Hulur Bantuan Lepas Terima Aduan

Pekerja Kilang Terputus Bekalan Makanan, Pihak Polis Terus Hulur Bantuan Lepas Terima Aduan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hulurkan tangan, ringankan beban. Begitulah slogan yang dapat diungkap apabila kita membantu antara satu sama lain dalam situasi sukar pada hari ini. 

Menurut posting yang dimuat naik di laman Facebook Polis IPD Sepang, pihak polis Sepang telah memberikan sumbangan bantuan makanan kepada 14 pekerja kilang yang kehabisan bekalan makanan di Taman Bunga Raya, Sepang.

Foto: FB

Difahamkan, bantuan itu dilakukan selepas seorang wanita membuat panggilan memaklumkan bahawa adiknya dan 13 lagi rakan sekerja yang menjalani kuarantin di rumah telah kehabisan bekalan makanan.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan selanjutnya dengan mengarahkan agar pihaknya terus menghantar bantuan makanan ke rumah tersebut.

Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

Wakil penerima juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai polis IPD Sepang di atas sumbangan yang telah diberikan.

Foto: FB

Foto: FB

Sehingga artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat perhatian netizen sehingga meraih 1.7 likes dan 3.4 shares di Facebook.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi positif dan kagum dengan usaha murni pihak polis berkenaan dalam membantu individu yang memerlukan.

Semoga lebih banyak pihak yang bekerjasama untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Terbaik IPD Sepang”

“Terbaik abang polis”

“Budi baik tuan semua amat dihargai”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.