fbpx
Now Reading
Sidai Langsir Putih Tepi Tingkap, Disangka Perlukan Bantuan Sampai Dapat Panggilan Dari Jiran

Sidai Langsir Putih Tepi Tingkap, Disangka Perlukan Bantuan Sampai Dapat Panggilan Dari Jiran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bertujuan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling supaya dapat menghulurkan bantuan dengan kadar segera.

Terlupa kempen bendera putih

Foto: TikTok

Namun, lain pula yang terjadi terhadap kisah seorang gadis ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok, gadis ini menceritakan bahawa dia terlupa tentang kempen bendera putih sehingga mendapat panggilan daripada jiran-jirannya.

Dalam video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Aishah Sazali ini menyidai langsir putih di tingkap rumahnya. Difahamkan, dia menyidai berbuat demikian hanya untuk menghilangkan bau hapak.

Terima panggilan daripada jiran tetangga

Tanpa disedari, tindakannya itu mendapat perhatian jiran tetangga sehingga ibunya menerima panggilan dari persatuan penduduk di tempat tinggal mereka dan bertanya tentang keadaan keluarga Aishah yang disangka memerlukan bantuan.

Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah viral di media sosial sehingga meraih 1.3M views, 145K likes dan 1.9 shares di TikTok.

Foto: TikTok
@aishahsazali2

##benderaputih🏳️ ##maaf ##fypシ

♬ Panik ngga – Ragil

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapat rata-rata netizen terhibur dan ramai juga yang memuji sikap jiran-jiran gadis itu yang sangat prihatin.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama tentang disalah sangka akibat menyidai ‘bendera putih’ ini.

“Jemur cadar, sekali ada orang ketuk pintu tanya nak bantuan”

“Terbukti rakyat Malaysia banyak yang prihatin”

“Tu maknanya orang kita semua caring”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.