Baru Nikah 6 Bulan, Wanita Hamil Reda Suami Maut Akibat Kecuaian Orang Lain

Tiada siapa yang mampu menahan kesedihan apabila kehilangan orang tersayang. Namun, sebagai manusia biasa kita terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan oleh Tuhan.

Kemalangan disebabkan kecuaian orang lain

Seperti kisah yang sangat meruntun jiwa ini apabila suami tercinta maut akibat kecuaian orang lain. Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Rohana Ismail di laman Facebook, dia menceritakan tentang suaminya yang telah meninggal dunia disebabkan terlibat dalam sebuah kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Foto: FB
Foto: FB

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Mohamad Shahrul Asyraf dipercayai terlanggar sebuah van syarikat yang cuba mengelak daripada terkena serpihan dibawa oleh sebuah kenderaan lain pada 1 Julai lalu di Jalan Subang Airport, Selangor.

Foto: FB

Pemandu van berkenaan turut memuat naik posting memaklumkan kejadian tersebut di status Facebooknya.

Rider yang melanggar van company saya telah meninggal. Harap sesiapa yang dapat dash cam kejadiaan tu dapat membantu 1/7/21 jam 11.00am area Jalan Subang Airport.

Punca Hilux putih bawa plate besi jatuh dan saya elak lalu sebuah motor terlanggar van saya pandu.

Tambah pemuda berkenaan, individu berkenaan sempat melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang pertolongan kepada mangsa.

Minta tolong laa siapa yang bawa barang menggunakan Hilux. Ikat la kuat-kuat jangan sampai jadi kes seperti saya. Barang jatuh nak elak orang lain terima padah.

Menurut kakak arwah, doktor mengesahkan adikknya telah meninggal dunia berpunca daripada severe traumatic brain injury.

Kakaknya turut memberitahu arwah merupakan seorang adik yang baik dan ringan tulang. Dia yang masih berduka dengan pemergian adiknya itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan arwah.

Arwah merupakan suami yang baik

Foto: FB

Selain itu, isteri arwah memaklumkan dia berasa bersyukur mendapat seorang suami yang baik dan pada masa yang sama memohon agar orang ramai sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.

Malah, dia turut memesan kepada wanita lain agar sentiasa menyayangi dan menghargai pasangan sementara masih mempunyai peluang untuk hidup bersama.

Foto: FB
Foto: FB

Pasangan ini dipercayai sudah bercinta hampir 6 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari yang lalu. Lebih memilukan, wanita tabah ini juga sedang mengandung anak sulung mereka yang berusia lima bulan.

Al-fatihah

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan diharapkan agar isteri serta seluruh keluarganya tabah dengan ujian ini. Al fatihah.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

14 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

15 hours ago