fbpx
Now Reading
“Betul-Betul Ikut Arahan” – Nurse Minta Pindah Katil, ‘Bhaiya’ Selamba Angkut Tilam Buat Netizen Dekah

“Betul-Betul Ikut Arahan” – Nurse Minta Pindah Katil, ‘Bhaiya’ Selamba Angkut Tilam Buat Netizen Dekah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tak korang berada dalam situasi clueless sewaktu pertama kali berada di tempat yang kurang familiar? Kadang kala sampai terbuat benda bukan-bukan sebab tak faham apa yang sepatutnya dilakukan.

Seperti tular baru-baru ini, tindakan bersahaja seorang warga asing yang mengejutkan sekumpulan petugas kesihatan telah mengundang dekah netizen.

Diminta pindah katil

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna di TikTok @azrulhakim786, pesakit itu difahamkan diminta untuk berpindah katil di sebuah hospital.

@azrulhakim786

Balas kepada @mrdeanobey

♬ bunyi asal – AzrulHakim

Dia kemudian terus berjalan sambil menjinjing tilam lamanya untuk dibawa ke katil baru.

Siap menyanyi dan berkaki ayam macam dalam rumah

Kelakarnya, pesakit yang betul-betul innocent tentang situasi itu berjalan dengan selamba sambil menyanyi melintasi kaunter wad.

Dalam pada itu, ‘bhaiya’ ini berkemungkinan dah begitu selesa dengan suasana di wad tersebut sehingga siap berkaki ayam dan membawa plastik berisi makanan seolah-olah macam berada di rumah sendiri.

Petugas yang berada di situ kemudian telah menegurnya untuk memulangkan kembali tilam ke katil asal sambil diiringi seorang nurse.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan selamba pesakit itu. Malah ada juga berseloroh memuji sikapnya yang betul-betul mengikut arahan.

Bertindak ikut arahan

“Nasib baik tak pikul katil” – Netizen

Mungkin tak pernah masuk hospital

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.