fbpx
Now Reading
“Pandai Dia Control”- Kerusi Tiba2 Rendah Masa Live,Reaksi Pembaca Berita Tetap Santai Raih Perhatian Ramai

“Pandai Dia Control”- Kerusi Tiba2 Rendah Masa Live,Reaksi Pembaca Berita Tetap Santai Raih Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang pembaca berita bukanlah sesuatu yang mudah. Tugas mereka bukan sahaja membaca dan memandang kamera, malah turut merangkumi pembacaan skrip dan intonasi yang sesuai bagi menyampaikan info yang tepat.

Namun begitu, kadangkala kejadian yang tidak disangka akan berlaku sehingga ia boleh mengganggu tugas pembaca tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman TikTok, ia memaparkan sebuah video lama seorang penyampai berita yang mengalami masalah teknikal semasa sedang bersiaran lansung sehingga mencuri perhatian netizen.

Dalam video tersebut,  kelihatan pembaca berita, Amirulhakim Ahmad Lokman sedang menyampaikan berita di segmen Buletin Utama ,TV3.

Foto: TikTok

Apa yang mengundang tawa adalah apabila kerusinya tiba-tiba menjadi rendah dan semakin menurun ketika dia sedang mula menyampaikan berita.

Foto: TikTok

Akan tetapi, dia langsung tidak kelihatan panik. Bahkan, beliau turut kelihatan profesional dengan terus berdiri dan menyambung tugasnya membaca berita.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 157K views, 5K likes dah 661 shares di TikTok. Ternyata situasi itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

@jagindas786

siapa pernah tengok berita ni masa live? 😂

♬ bunyi asal – Jagindas

Meninjau ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video berkenaan.

Ramai juga yang mengagumi sikap profesional pembaca berita tersebut kerana masih meneruskan pembacaan walaupun terganggu dengan situasi tersebut.

“Kerusi tu pun, time live lah nak buat hal”

“Yang ni professional gila, kalau saya dah tergelak”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.