fbpx
Now Reading
Baru Sahaja Bernikah, Pengantin Lelaki Buat ‘Kerja Gila’ Ceraikan Isteri Hingga Majlis Jadi Kecoh [Video]

Baru Sahaja Bernikah, Pengantin Lelaki Buat ‘Kerja Gila’ Ceraikan Isteri Hingga Majlis Jadi Kecoh [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis pernikahan seharusnya menjadi satu kenangan manis buat mana-mana pasangan khususnya kepada si isteri.

Namun situasi ini dilihat berbeza buat seorang wanita dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia apabila dia diceraikan tidak sampai beberapa saat selepas sah menjadi isteri kepada suaminya.

Lebih parah video sewaktu insiden berkenaan berlaku turut tular di media sosial sehingga menjadi hangat dikalangan netizen di Indonesia.

Kejadian tersebut yang berlaku pada 6 julai 2021 di percayai di Bima, turut menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua pihak.

“Hari Ini saya talak yati”

Menerusi video tular berdurasi 1 minit 46 saat itu, majlis tersebut pada mulanya berjalan dengan lancar.Malah pengantin lelaki dilihat melayani isterinya bak pasangan kekasih yang bahagia apabila menarikkan kerusi untuk si isteri duduk selain memperbetulkan bajunya.

Situasi mula berbeza sebaik si lelaki menandatangani sebuah dokumen dipercayai berkaitan pernikahan mereka. Dia sebaik menurunkan tandatangannya terus mengambil mikrofon dan berkata ” Hari ini saya talak Yati (nama pengantin perempuan) ” menggunakan bahasa tempatan Bima.

Diserang keluarga wanita berkenaan

Tindakan spontannya menaikkan kemarahanan keluarga si isteri apabila beberapa lelaki terus menerpa ke arah lelaki tersebut sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

Namun setakat ini tiada info lanjut mengapa si lelaki melakukan sedemikian dan apakah nasibnya selepas kejadian tersebut.

Video lebih panjang dari sudut berbeza

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.