
“Dengan Aku Sekali Terkejut” – Reaksi Makcik Terkejut Sampai Terjerit Dapat ‘Surprise’ Undang Dekah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa je yang tak sukakan kejutan kan? Lagi-lagi kalau dapat hadiah semasa hari jadi ataupun secara tiba-tiba daripada orang tersayang, dah tentu kita akan terasa lebih dihargai.
Malah hadiah yang diberi tak perlu mahal pun tak apa, keikhlasan itulah yang paling penting dan akan diingat selamanya.
Datang untuk buat surprise delivery
Seperti yang tular baru-baru ini, reaksi seorang makcik menerima sebuah kiriman bouquet telah mengundang dekah ramai.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @farhan.daud, dia telah berkunjung ke rumah salah seorang pelanggannya untuk membuat surprise delivery.
@farhan.daud PART PALING LAWAK TIME SURPRISE ##foryourpage ##surpriseparty ##surprisebirthday ##foryou
♬ original sound – farhandaud
Lelaki itu yang lebih dikenali sebagai Paan telah memanggil penghuni rumah sebelum disahut.
Tak lama kemudian, seorang makcik keluar dari rumahnya dengan memegang sebotol air.
Tiba-tiba menjerit sekuat hati
Momen melucukan terjadi apabila secara tiba-tiba makcik itu terkejut lalu menjerit sekuat hati selepas melihat lelaki itu di depan mata. Kelakarnya, penghuni rumah pun ikut menjerit.
Berkemungkinan malu dengan situasi mengejutkan itu, dia terus berpatah balik ke dalam rumah sebelum kelihatan seorang gadis menjengah ke luar dari kawasan pintu rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan spontan makcik itu dan memberikan reaksi berbeza-beza yang mencuit hati.
“Baru betul-betul surprise” – Netizen

Satu rumah jadi suara latar

Terkejut beruk
