fbpx
Now Reading
“Salute!” – Anggota Polis Diam-Diam Bagi Bantuan, Langsung Tiada Rakaman Semasa Agihan Raih Pujian

“Salute!” – Anggota Polis Diam-Diam Bagi Bantuan, Langsung Tiada Rakaman Semasa Agihan Raih Pujian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, ramai yang telah menubuhkan sebuah inisiatif bantuan keperluan asas buat golongan yang memerlukan. 

Tambah pula masing-masing sedar dengan keadaan sesetengah individu yang kini dibelenggu kesusahan hidup setelah kehilangan sumber pendapatan.

Paling mengharukan, rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah sama sekali untuk membantu, malah sedia untuk mendengar setiap satu keluhan tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama.

Anggota polis hulur bantuan keperluan asas

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang anggota polis tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, anggota tersebut telah mengeluarkan barang makanan dari kenderaannya.

Terdapat banyak barangan kering yang disediakan seperti beras memenuhi bonet kereta polis peronda tersebut untuk diagih-agihkan kepada orang ramai di sekitar kawasan itu.

Antara yang menarik perhatian ramai, anggota polis tersebut sama sekali tidak merakam sesi agihan makanan tersebut dan segalanya berjalan dengan pantas dan lancar.

Dapat pujian ramai

Berikutan dengan perkongsian ini, netizen telah memuji sikap anggota polis ini berbakti dan membantu golongan yang memerlukan tanpa membuat sebarang hebahan.

Malah ada juga yang mendoakan agar segala amalan dan sumbangan yang telah diusahakan olehnya dirahmati.

PDRM banyak tolong orang memerlukan

Pengorbanan anggota polis dan askar berbakti kepada rakyat

“Anggota polis pun ada hati perasaan macam orang lain” – Netizen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.