fbpx

“Tak Pernah Berpisah”- Budak 3 Tahun Naik Ambulans Sorang2 Tanpa Ibubapa Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kasih seorang ibu kepada anak sememangnya tiada bertepi. Sungguh hebat hubungan ibu dan anak  ini sehinggakan bila berjauhan ibarat nyawa terpisah dari badan.

Begitulah yang terpaksa dialami seorang ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya yang telah dibawa ke pusat kuarantin.

Dibawa ke MAEPS tanpa ibu

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita bernama Fana di TikTok, dia merakam anak lelakinya yang berusia 3 tahun untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

Foto: TikTok

Difahamkan, anaknya yang bernama Fayyadh itu telah disahkan positif Covid-19 dan akan dihantar ke MAEPS Serdang untuk dikuarantin.

Melalui video tersebut, jelas kelihatan wajah sayu anak kecil itu. Apa yang lebih menyedihkan  adalah dia terpaksa merelakan anaknya menaiki  ambulans itu seorang diri tanpa pengawasannya ataupun suami.

Foto: TikTok

Suami memang sudah berada di MAEPS

Menurut Fana, Fayyadh telah menunjukkan simptom demam sebelum itu dan mendapat keputusan positif pada hari yang sama. Kini, Fayyadh dipercayai sedang menjalani kuarantin di MAEPS bersama suaminya yang juga positif Covid-19.

Dia tak nangis sebab masa nak hantar dia naik ambulans dah cakap dengan dia, nanti pergi jumpa Ayah tau. Ayah dia dah kena hantar kat Maeps sehari sebelum.

Sedang sarat mengandung dan turut disahkan positif Covid-19

Fana yang sedang sarat mengandung 32 minggu itu turut disahkan positif dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi.

Malah, dia juga berkemungkinan akan dibersalinkan awal sekiranya mendatangkan risiko kepada bayi di dalam kandungannya.

Saya pregnant 32 weeks and positif juga. Saya kena hantar ke Hospital Sungai Buloh dan perlu dipantau. Jadi, KKM perlu tempatkan anak saya dibawah jagaan suami saya di Maeps.

Ibu cekal ini sempat menyampaikan pesanan kepada netizen agar mendoakan kesihatannya dan keluarga agar mereka segera sembuh dan  bersama semula.

Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 843.7K views, 61K likes dan 3K shares di platform berkenaan.

@faanaaaaaaaaa

Tak pernah terlintas dalam kepala nak biarkan anak umur 3 tahun naik ambulans sorang-sorang. Tapi, anak ibu kuat! 💪🏻

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
@faanaaaaaaaaa

Husband ke Maeps 2/7. Anak ke Maeps 3/7. Ibu ke Hosp Sg Buloh 3/7. Doakan kami sekeluarga cepat sihat dan boleh jumpa semula. 😭 Ibu rindu anak Ibu.

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Semoga diberi kesembuhan

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut berasa sebak. Ramai juga yang mendoakan agar Fana serta seluruh keluarganya diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala  urusan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.