fbpx
Now Reading
“Tapi Makan Sampai Nak Habis” – Peniaga Bingung Pelanggan Minta ‘Refund’ Kerana Kulit Udang Dalam Mi Tak Dikupas

“Tapi Makan Sampai Nak Habis” – Peniaga Bingung Pelanggan Minta ‘Refund’ Kerana Kulit Udang Dalam Mi Tak Dikupas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sesetengah pelanggan sering membuat special request untuk pesanan makanan mereka. Malah ia bukanlah sesuatu yang perlu menjadi isu kerana masing-masing mempunyai citarasa tersendiri.

Tetapi ia boleh membangkitkan masalah sekiranya pelanggan mengambil kesempatan atas kesilapan yang dibuat oleh si pekerja.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pelanggan yang meminta kembali wang gara-gara udang di dalam pesanannya tidak dikupas.

Dapat emel minta refund

Menerusi sebuah perkongsian gerai makanan bertempat di Singapura di Facebook, mereka telah menerima emel dari syarikat penghantaran makanan Deliveroo.

Emel tersebut memaparkan butiran refund kerana dikatakan pelanggan menerima pesanan yang salah.

Malah jumlah yang perlu dibayar kembali adalah agak banyak iaitu SG$ 10(RM30) dari jumlah order sebenar SG $26

Foto: FB Deanna’s Kitchen

Tak sewenang-wenangnya buat refund

Walaubagaimanapun, pekerja gerai tersebut mengambil keputusan untuk tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang refund kerana hidangan tersebut hampir dihabiskan. Difahamkan pelanggan sebelum ini ada meminta mi udang dengan udang yang dikupas namun mungkin tidak berpuas hati permintaan mereka tidak di layan atau disedari pekerja tersebut mereka lantas membuat refund.

Namun tindakan mereka memohon refund disifatkan tidak berasas memandangkan makanan tersebut hampir habis dimakan oleh mereka.

“Deliveroo telah menghantar emel kepada kami mengatakan seorang pelanggan yang memesan mi udang semalam meminta refund penuh kerana kulit udang tidak dikupas.

“Gambar yang diambil jelas menunjukkan pelanggan telah makan tiga suku mi dan semua kepah dalam hidangan itu.

“Hanya kerana kulit udang tak dikupas, pelanggan siap minta wang dipulangkan penuh.”

Foto: FB Deanna’s Kitchen

Pesan untuk tidak ambil kesempatan terhadap peniaga

Dalam pada itu, gerai makanan tersebut telah meninggalkan pesanan buat para pelanggan untuk tidak mengambil kesempatan ke atas para peniaga dimana kebanyakannya terjejas dalam tempoh pandemik ini.

Sebelumnya, difahamkan Deliveroo telah membatalkan permintaan pemulangan wang atas alasan kukuh yang diberikan.

Kredit Foto: Miss Tam Chiak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.