fbpx
Now Reading
Cameron Highlands Dilitupi Kabus Tebal, Netizen Luah Rasa Rindu Nak Berkunjung

Cameron Highlands Dilitupi Kabus Tebal, Netizen Luah Rasa Rindu Nak Berkunjung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan Covid-19 menyebabkan banyak sektor terjejas teruk khususnya sektor pelancongan.

Tempat-tempat peranginan yang sebelum ini penuh dan meriah dengan kehadiran pelancong kini suram dan sunyi seolah seperti bandar yang ditinggalkan.

Malah lokasi yang yang sentiasa menjadi tempat wajib seperti Cameron Highland yang penuh tarikan menarik seperti udara yang nyaman dan dingin, serta tempat pelancongan menarik seperti ladang teh ladang strawberi, kini sunyi tanpa pengujung.

“Segar dari ladang”

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok @pakyabegon, dia telah memuat naik satu video memperlihatkan keadaan terkini tempat peranginan tersebut.

@pakyabegon

Segar dari ladang😎##cameronhighlandsmalaysia ##foryoupage ##fyp

♬ original sound – Pakya Begon

Berdasarkan video yang dimuat naik, Cameron Highland kini diliputi kabus yang cukup tebal dan cuaca sejuk yang begitu menyamankan.

Keadaan tersebut membuatkan ramai meluahkan rasa rindu untuk berkunjung ke sana.

Keadaan yang cukup sunyi

Namun keadaan yang agak sunyi dengan hanya beberapa kenderaan terlihat diparkir di tepi jalan membuatkan segelintir orang tertanya-tanya apakah nasib peniaga di atas sana yang bergantung hidup pada sektor pelancongan.

Peniaga di Cameron Highlands terkesan teruk

Dalam pada itu, pengguna tersebut yang lebih dikenali sebagai Pakya Begon telah berkongsi bahawa peniaga-peniaga di sana turut terkesan dengan teruk kerana setahun lebih lumpuh akibat Covid-19.

Ramai dalam masa sama turut meluahkan harapanharapan agar pandemik Covid-19 akan berakhir supaya mereka dapat mengunjungi Cameron Highland dan bebas bergerak seperti sedia kala.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.