fbpx
Now Reading
Ditertawakan Kerana Pakai Plastik Di Kepala Masa Pergi PPV, Tetapi Tindakan Pakcik Ini Buat Ramai Tersentak

Ditertawakan Kerana Pakai Plastik Di Kepala Masa Pergi PPV, Tetapi Tindakan Pakcik Ini Buat Ramai Tersentak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah manusia, jika terlihat seseorang tu dengan gaya pelik atau lain dari yang lain, sudah tentu ramai yang cuba menjauhkan diri daripadanya atau mengutuknya dari belakang kanFoto

Akan tetapi, kita tidak mengetahui apa yang terjadi kepada seseorang itu yang membuatkan dia bertindak sedemikian dan lebih baik berdiam daripada menghukum. Hal ini kerana, mungkin orang yang kita kutuk itu sebenarnya lebih baik daripada kita.

Contohnya seperti yang berlaku baru-baru ini di PPV Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook USM, seorang lelaki yang agak berusia datang menaiki teksi ke pusat pemberian vaksin di USM untuk mendapatkan suntikannya.

Apa yang menarik perhatian ialah penampilan lelaki berkenaan yang memakai plastik di kepalanya sebagai pelindung muka sehingga menarik perhatian ramai.

Foto: FB

Kehadiran lelaki itu ternyata mengundang kutukan dan gelak tawa dari orang sekelilingnya di pusat pemberian vaksin tersebut. Namun begitu, perkara berkenaan tidak menghalangnya untuk menerima suntikannya.

Foto: FB
Foto: FB

Lebih mengejutkan, dia kemudian pergi ke sekretariat untuk menghulurkan wang dan meminta staf berkenaan belikan makanan buat frontliner yang bertugas.

Sebelum dia pergi, dia berjalan perlahan ke sekretariat, dan apa yang dia buat selepas itu agak mengejutkan.

Ternyata, tindakannya benar-benar membuatkan semua yang bertugas di PPV USM itu tersentuh dan terharu .

Foto: FB
Foto: FB

“Para petugas telah bekerja keras. Tolong beli mereka makanan” ujar uncle itu.

Sebaik sahaja memberi duit, dia pulang dengan menaiki teksi yang sama seperti dia tiba tadi. Dia membuatkan kami semua tersentak dengan sikapnya yang murah hati dan berperikemanusiaan.

Difahamkan, petugas kesihatan turut menasihatinya untuk membuang plastik itu dan menawarkan face shield tetapi uncle itu lebih yakin dengan apa yang dipakainya.

“True Malaysian hero”

“Don’t judge a book by his cover”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.