
Ibu Meninggal Akibat Covid 19, Anak Kecil Sedih Ditenangkan Frontliner Undang Sebak Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Saban hari, pesakit yang meninggal akibat Covid-19 semakin bertambah di Malaysia. Setiap hari pasti ada sahaja berita duka yang didengari sehingga membuatkan kita sendiri berasa pilu.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, seorang petugas kesihatan petugas kesihatan yang dikenali sebagai @__amin91__ telah memuat naik sebuah video yang memaparkan beberapa orang frontliner sedang menenangkan kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan ibunya.
Difahamkan, kanak-kanak yang bernama Aliff itu ditempatkan di pusat kuarantin dan mendapat khabar ibunya telah ‘dijemput’ Ilahi akibat wabak tersebut.

Lebih meruntun jiwa, bapanya juga sedang mendapatkan bantuan oksigen kerana penyakit yang sama semasa mengetahui berita tersebut.
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa petugas kesihatan sedang menenangkan Aliff dengan menggosok belakang tubuhnya sambil diperhatikan oleh pesakit lain di katil bersebelahan dengannya.

@___amin91___ Al-Fatihah untuk Arwah yg meninggal disebabkan covid 🥺 ##Fyp ##foryourpage ##Fyp ##frontliner ##Kkm
♬ original sound – musikstory_
Dalam pada itu, berita sedih tersebut turut dikongsikan oleh adik arwah iaitu @kerol505 di TikTok. Melalui video tersebut, lelaki berkenaan memaparkan video kenangan dan beberapa gambar wanita itu sebelum arwah meninggal dunia.

Meninjau ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen berasa sangat sebak melihat paparan video itu apabila kanak-kanak berkenaan menerima khabar sedih ketika dia sedang keseorangan.
Ramai yang turut mendoakan agar adik Aliff kekal tabah dan kuat untuk menerima takdir dan berharap agar bapanya kembali pulih agar mereka dapat kembali semula selepas kehilangan orang yang tersayang.
@kerol505 Siti mariatun@maria… Kakak ku yang tercinta… Semoga ALLAH SWT satukan kita kembali disyurga firdaus… ##covid ##covid19
♬ original sound – Ikmal Alif
“Al-fatihah”

“Semoga adik terus kuat”

“Moga roh arwah ibunya dicucuri rahmat”
