fbpx
Now Reading
“Ingatkan Baru 40″- Vera Wang Buat Sambutan Hari Lahir, Netizen Terkejut & Tak Sangka Umur Sebenar

“Ingatkan Baru 40″- Vera Wang Buat Sambutan Hari Lahir, Netizen Terkejut & Tak Sangka Umur Sebenar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa je yang tak mahu kelihatan muda sentiasa bukan? Apatah lagi kaum wanita yang sememangnya mementingkan kecantikan dan penjagaan diri. Sudah semestinya kita ingin kelihatan menarik dan mempersonakan selalu.

Sesetengah orang tidak dinafikan memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda walaupun sudah berusia. Antara aspek yang menyumbang kepada perkara itu adalah faktor keturunan, gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang seimbang.

Kelihatan muda dari usia sebenar

Foto: IG

Sama seperti seorang pereka fesyen terkenal, Vera Wang atau nama sebenarnya Vera Ellen yang kelihatan sangat muda dari usianya sehingga menarik perhatian netizen.

Penampilan dan gaya orang muda pada dirinya menyebabkan ramai tak percaya bahawa wanita berdarah Asia kelahiran New York ini sudah berusia lebih 70 tahun.

Baru-baru ini, Vera Wang memuat naik gambar sambutan hari jadinya di New York menerusi posting di akaun Instagramnya.

Majlis itu dihadiri oleh ramai tetamu termasuk nama-nama besar seperti Calvin Klein dan Donna Karan yang juga merupakan pereka fesyen Amerika.

Apa yang  menarik perhatian ramai ialah Vera Wang kelihatan bersahaja mempamerkan bentuk badan yang sangat cantik dan langsing meskipun memasuki usia 72 tahun. Pereka fesyen terkenal itu tampil dengan gaun berwarna kuning neon dan dilihat sangat jelita di majlisnya itu.

Foto: IG
Foto: IG
Foto: IG

Menjengah ke ruangan komen, terdapat ramai rakan dan pengikutnya yang memberikan ucapan hari jadi dan juga memuji kecantikan beliau.

Malah, terdapat juga ciapan yang dikongsikan oleh @Naija_PR di laman Twitter menunjukkan gambar sambutan hari jadi Vera Wang sehingga meraih banyak reaksi orang ramai.

Rata-rata netizen terkesima dan tidak menyangka wanita itu berumur 72 tahun kerana kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.