fbpx
Now Reading
“Kurus Pun Kena”- Hafiz Suip Luah Perasaan Kena Bodyshaming Di Instagram

“Kurus Pun Kena”- Hafiz Suip Luah Perasaan Kena Bodyshaming Di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Hafiz Suip mengejutkan ramai peminat apabila kelihatan semakin kurus.

Foto: Utusan

Bahkan, pelantun lagu Awan Nano itu turut memuat naik foto berserta kapsyen memohon maaf sehingga mencetuskan tanda tanya tentang kesihatan beliau.

Susulan itu, perubahan fizikal penyanyi itu yang semakin susut juga turut telah mendapat kritikan daripada segelintir pihak.

Kena bodyshaming

Menerusi perkongsian di laman Instagram Hafiz Suip, beliau meluahkan perasaan tentang dirinya yang menerima kritikan daripada sesetengah netizen berikutan perubahan tubuh badannya yang semakin susut itu.

Dalam pada itu, beliau turut meminta maaf kepada semua pihak dan kenalannya sekiranya berlaku sebarang konflik yang tidak diingini.

Body shaming, aku ingatkan perkataan ni untuk orang gemuk je. Rupanya orang kurus pun kena juga hidayat…

Sebelum kita tidur jom kita bermaaf-maafan dulu. Saya maafkan korang semua baik tak kenal mahupun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ni mahupun yang baik atau yang buruk. Tak kisahlah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libatkan orang lain mahupun keluarga saya. Cakap-cakap pasal saya ni dah biasa sangat.

Foto: IG Hafiz Suip

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman sama sepertinya yang pernah dikritik terlalu kurus dan bermacam lagi.

Selain itu, ramai juga yang mendoakan Hafiz agar kesihatannya baik-baik sahaja dan ada juga yang mencadangkan beliau untuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam kerana khuatir terkena penyakit misteri.

“Manusia tak pernah puas sedap je mulut nak mengata”

“Pernah kena label kurus tiang letrik”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.