
“Nasib Tak Ajak Tahlil”- Takut Nak Kena Suntikan, Wanita Ajak Frontliner Berselawat Buat Ramai Terhibur
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sesetengah orang tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 kerana fobia terhadap jarum suntikan. Fobia ini dikenali sebagai Trypanophobia dan masalah ini tidak hanya dialami oleh kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.
Takut dengan jarum suntikan
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @_ahmadboii di Twitter, ia memaparkan situasi seorang wanita yang takut untuk disuntik.
Apa yang mencuit hati adalah apabila wanita itu sangat cemas sehingga berselawat dan turut mengajak frontliner yang bertugas melakukan perkara yang sama.

Frontliner turut ikut berselawat mengundang tawa
Dalam video itu juga, frontliner lain turut menenangkan wanita itu sambil mengikutnya berselawat. Akhirnya, wanita tersebut berjaya divaksin dan para petugas kesihatan itu bersorak kepadanya ‘balik kampung kak!’

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 267.6K views dan mendapat 10.4K likes. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita berkenaan yang sangat takutkan jarum sehingga menyuruh frontliner berselawat dengannya.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA NEXT LEVEL PUNYA TAKUT JARUM NI HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAHAAHAHA pic.twitter.com/unXUwXN0tT
— Rage Against The Govt 🐷 (@_ahmadboii) July 8, 2021
Meninjau ke ruangan balas, ramai juga yang kagum melihat keberanian wanita tersebut melawan rasa takutnya demi memastikan dia mendapat suntikan vaksin bagi memberi pelindungan untuk diri sendiri dan orang sekeliling.
“Macam berubat orang kena rasuk”

“Hebat frontliner layan orang banyak ragam”

“Dia mengajar kita agar sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah”

“Bukan calang-calang boleh lawan fobia”
