fbpx
Now Reading
Anda Kini Boleh Semak Liputan Telekomunikasi Di Sesuatu Kawasan Dengan Peta JENDELA

Anda Kini Boleh Semak Liputan Telekomunikasi Di Sesuatu Kawasan Dengan Peta JENDELA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat, sekitar awal tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malasyia (SKMM) ada memaklumkan akan mewujudkan satu portal web,Peta Jalinan Digital Negara (Peta JENDELA) bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak tahap kualiti serta liputan sesuatu kawasan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) di Malaysia.

Terbaru portal Lowyat melaporkan, peta JENDELA sudah sedia untuk diakses oleh orang ramai.

Difahamkam peta Jendela ketika ini menawarkan 3 fungsi utama iaitu Semak liputan, Hantar maklum balas, dan status peta maklum balas.

Cara penggunaannya juga begitu mudah, dimana  pengguna hanya perlu menentukan lokasi sama ada dengan  memasukkan lokasi di tab carian seperti menggunakan Google Map atau menekan klik pada lokasi menggunakan petunjuk yang disediakan

Sebagai mengetahui lokasi yang ingin di semak Peta Jendela akan memaparkan segala perkhidmatan selular yang tersedia,merangkumi 4G, 3G dan 2G jalur serta perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar, jalur lebar tetap dan siasarn TV digital nasional, myFreeview.

Dengan menggunakan kemudahan ini, pengguna kini boleh mengetahui rangkaian 4G mana yang lebih baik di sesuatu kawasan.

Bagi perkhidmatan tetap dan jalur lebar tanpa wayar pula, Bernama melaporkan orang ramai boleh mengunakan ciri-ciri penyampaian maklum balas yang akan menyenaraikan semua perkhidmatan yang tersedia di lokasi tersebut, sebelum memulai proses penyampaian.

“Melalui ciri-ciri ini, anda dapat melaporkan masalah rangkaian seperti gangguan panggilan, waktu henti dan masalah liputan,”

Selain dari fungsi-fungsi ini pengguna juga boleh mengetahui Point of Interest (POI) seperti Pusat Internet Komuniti (PIK) mengikut negeri, Pejabat Pos, Kedai Kurier, WiFi Komuniti dan lain-lain.

Jika anda ingin menggunakan, anda hanya perlu melayari pautan Peta Jendela di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.