
Meninggal Dunia Akibat Asma Di Medan, Keluarga & Rakan Selebriti Tangisi Pemergian Arwah Benjy Ibrahim
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan pemergian pelakon, Benjy Ibrahim yang juga anak kepada primadona filem Melayu, Allahyarham Azean Irdawaty yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, jam 11 pagi tadi.
Berita pemergian arwah disahkan oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashid kepada portal Astro AWANI.
“Ben (Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia kerana sakit asma, hari ini,” katanya menerusi perbualan WhatsApp. Jelasnya lagi urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
Berita pemergian arwah turut dikongsikan adiknya,Elza Irdalynna menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuatnaik di laman Twitter.
“Benjy telah lama mengalami penyakit kronik, asma dan penyakit paru-paru lain serta telah banyak masuk keluar hospital dengan kerap untuk beberapa tahun” tulis kenyatan itu.
It is with deepest sadness that we inform you of our beloved brother's passing earlier today. Below is the official statement from our family. We thank you all for the kindness and support you have shown Ben and our family through the years. Al Fatihah.@inessukamakan pic.twitter.com/dYqSZsDimF
— Elza Irdalynna (@elzairdalynna) July 11, 2021
Keep mama company now Ben
Lebih menyedihkan apabila Elza menerusi satu hantaran lainnya meminta arwah untuk kini menemani ibunya yang terlebih dahulu sudah meninggalkan mereka.
Keep Mama company now, Ben. 💔 pic.twitter.com/YksBMGfupk
— Elza Irdalynna (@elzairdalynna) July 11, 2021
Dalam pada itu beberapa rakan selebriti turut dilihat menzahirkan raza takziah di atas pemergian arwah menerusi hantaran di media sosial masing-masing.
Buat mereka Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah saudara, abang dan adik yang sangat dikasihi.
“Nomi doakan Jibek Bahagia kat rumah baru”
Semoga Ben tenang disana
Betapa baiknya beliau sebagai seorang sahabat
Alfatihah buat sahabat ku
Hadiahkan Alfatihah buat abang kita
Semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman
Kau anak yang hebat buat kedua ibu bapamu
Terdahulu arwah pada 2017 telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.