
“Berani Betul”- Video Rakaman 2 Pemuda Curi Patung Pocong Cetus Tanda Tanya Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa je yang tidak takut kalau bercakap pasal hantu kan? Tak kira lah apa pun jenis hantu. Kalau ternampak kelibat ‘makhluk’ berkenaan sudah akan tentu lari tak cukup tanah.
Akan tetapi, lain pula yang berlaku di Indonesia apabila sebuah patung pocong yang diletakkan oleh pihak berkuasa di dataran Lamongan, Indonesia ini telah dicuri oleh dua orang lelaki.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Viralno.1, ia memaparkan rakaman dua orang pelaku yang dilihat sedang mencuri patung pocong tersebut sehingga mengundang reaksi ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga berasa hairan dan musykil tentang kejadia tersebut dan mempersoal kenapa patung pocong juga yang mahu dicuri.
Menurut sumber detiknews, patung pocong itu memang sengaja diletakkan di kawasan seperti itu untuk mengingatkan orang ramai supaya patuh dengan SOP yang telah ditetapkan ketika pandemik Covid-19.

Selain itu, patung pocong itu sebenarnya diletakkan untuk menakutkan penduduk di kawasan tersebut supaya mereka tidak akan berkumpul di kawasan dataran itu dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19. Namun begitu,dua orang pemuda ini seperti tidak takut langsung.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh CCTV di kawasan itu dan rakaman video kecurian berkenaan mula viral di media sosial sejak beberapa hari lepas. Susulan kejadian itu, kedua-dua pencuri dipercayai telah berjaya ditahan polis.